RuMaH BaRu??

October 20th, 2007 by cheekyluluksh

assalamualaikum

ana sudah berpindah ke rumah baru —-> http://cheekylulu.wordpress.com/

sila datang melawat.. (",)

Warkah buat hawa…

October 18th, 2007 by cheekyluluksh

   

   
   
   
   
      
      

Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu
bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan
beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia
tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu , ingatlah
hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka
tercetusnya salam dan sekaligus disususli dengan pertemuan takut
lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak
memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tdak menilai
wanita melalui keayuannya, kemajaannya, serta kemampuannya mengoncang
iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui
akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang
baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan
muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk
mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia
tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah
perkahwinan.

Oleh itu hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu ,
kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam
untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna
jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi
hangatan kebahagiaan buat dirimu , cukuplah sekadar cinta adik- beradik
serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan
memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah
kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah
keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari
cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia juga
yang menggoncang iman lelaki.

SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH..

October 17th, 2007 by cheekyluluksh

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum..

ana ada dapat surat..surat cinta. hehe bukan la. sape la nak bagi surat cinta kat ana nih..huahua.. hish. ngarut ja.

isi kandungan surat tu mengenai ketidakpuasan hati seseorang terhadap ana. Ana terima. Mungkin ana yang salah. Terima kasih kerana menegur ana. Ana ni pun manusia juga. bukan maksum seperti Rasulullah. Ana akan sentiasa perbaiki diri ini.Cuma ana pelik.Tapi ana berharap, kita diskus elok-elok masalah kita lain kali. adalah lebih matang jika kita duduk berbincang daripada menulis surat. Tak tau la apa perasaan ini. huhu

Maafkan ana kerana ana tidak menjadi seorang yang baik di mata anda semua. Maafkan ana kerana ana tidak tahu anda semua mengambil kira mengenai semua itu. Maafkan ana.. ana tidak bermaksud untuk komen lebih-lebih. Cukuplah setakat ini. wassalam

AKU BUKAN SEPERTI ENGKAU SANGKAKAN,
PURA-PURA DI DALAM BERJUANG.
AKU TIDAK PANDAI MENYULAM RAHSIA,
JUGA TAK PANDAI KU BERMADAH PUJANGGA.
JIKA ADA BENCI DI HATI, KATAKANLAH PADAKU.
RELAKU TERIMA WALAU KUTUKAN ASALKAN AKIDAH TERJAGA.
KERANA TIDAK SANGGUP LAGI MEMPERMAINKAN DUSTUR ILAHI.
HAKIKAT HATI TAK TERLUKA WALAU ZAHIRNYA ADA YANG KETAWA.
TUHAN KU MOHON KEAMPUNAN.
KETERLANJURAN YANG BERULANG KALI.
TEMAN KITA PATRIKAN DI SINI.
BERAKHIR SEBUAH LAMUNAN DUNIAWI.
TERIMA SYUKUR TAUFIQ ILAHI.

Amalan-amalan baik tapi terbalik

October 16th, 2007 by cheekyluluksh

Amalan-amalan baik tapi terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu’alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu’alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.

Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

meronggeng bersama sepupu sepapat.hehe

October 16th, 2007 by cheekyluluksh

Assalamualaikum
rasenye dah lama juga x menaip di sini. ana saja nak cerita sesuatu yang boleh di buat kenangan. (",)
Kini bulan syawal. Sedih sebab, adakah kita akan bertemu ngan ramadhan lagi?
Bermula pada cuti tempoh hari, ana berada di kampung. Pada akhir ramadhan, ana bersama Cik Anual dan sepupu ana ke parit sulong untuk beli belah pada jam 3ptg. Sempatla ana membeli kasut dan tudung baru. Jam 6 ptg barulah kami selamat sampai di kampung semula.
Embah(panggilan atuk dlam bahasa jawa) menyuruh ana menghantar juadah berbuka puasa kepada 2 org sahabat yang pernah situ. Siapa lagi kalau bukan qistina dan hawa. Mereka tinggal di sekitar parit yusuf dan kampung sarang buaya. Menurut sepupuku, embah berkali-kali memintanya menghantar sendiri kpd qistina dan hawa tapi x kesampaian krn ana belum pulang lagi dr parit sulong. Jadi, ana dan 4org sepupuku ke rumah qistina dan hawa menaiki kereta. Selepas 2 kali tersesat jalan, barulah kami selamat tiba ke rumah hawa. Selepas kami bersalaman dan berpelukan, rasa terubat sikit rindu-padahal baru 2 hari x jumpe =P. Kami meneruskan perjalanan ke rumah qistina. Qistina sedang membantu ayahnya rupanya. Dalam perjalanan pulang, kami berbuka dalam kereta. hehe. 1st time ana buka bersama sepupuku dalam kereta. Alhamdulillah kami selamat sampai pada jam 7.15 ptg.

Lazimkan Kemaafan

September 24th, 2007 by cheekyluluksh

Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah terguris? Mengapa tidak mahu melupakan disakiti? Mengapa tidak tenang dan sering berdendam apabila dihina dan diumpat? Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain bererti kita belum mempunyai hati yang benar-benar bersih, kita belum menjadi seorang yang rendah hati dam pemaaf. Lunakkan hati dengan renungan ini: Bila sukar memaafkan kesalahan orang lain bermakna kita ada sifat ego dan sombong yang dimurkai oleh Allah. Siapakah kita yang mahu merasakan diri sebagai ‘tuan’ dan mahu orang lain sentiasa berbuat baik terhadap kita. Bila ada orang membuat kesilapan, siapakah kita untuk marah, berdendam dan berharap dia akan menerima balasan dari perbuatannya. Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, termasuk diri kita. Kalau hari ini orang bersalah dengan kita, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula tersalah dengan orang. Apakah kita jamin yang kita tidak akan membuat salah dan silap? Kalau kita mahu memaafkan kesalahan kita, pasti orang lain pula mengharapkan kemaafan dari kita. Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua. Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH. Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya. Bila kita tetap marah dan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain pada kita ertinya kita marah pada ALLAH. Kita berkata "ALLAH, tidak patut Kau buat aku begini." Bila orang bersalah dengan kita selidiklah apakah dosa yang kita lakukan sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita. Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuian kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa ‘memang patut dihukum’ dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah sebagai perantaraan sahaja. Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH, seharusnya kita bersyukur kerana dihukum di dunia. Itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia agar terlepas hukuman yang lebih dahsyat di akhirat. Sepatutnya ini menggembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah. Seandainya kita tidak mahu memaafkan kesilapan orang, kita tidak untung apa-apa. Apalagi kalau berdendam atau bertindakbalas dan berkasar terhadapnya; maka kita juga akan terjerumus dalam dosa dan mendapat kebencian dari ALLAH S.W.T. Memberi kemaafan adalah sukar sekiranya kita belum ada sifat kehambaan, yang melihat segala yang berlaku adalah di bawah pentadbiran ALLAH Yang Maha Mengetahui. Kita akan takut untuk marah dan berdendam dengan manusia hanya dengan ujian yang menimpa, kerana bimbang kalau-kalau ujian itu merupakan petanda ALLAH sedang murka terhadap dosa-dosa kita. RASULLAH S.A.W BERSABDA: "SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG LAMBAT MARAHNYA DAN SEGERA PULA REDA APABILA SUDAH MARAH DAN SEJAHAT-JAHAT MANUSIA ADALAH ORANG YANG LEKAS MARAHNYA DAN LAMBAT PULA REDA MARAHNYA ITU." …

Khas buat para da’ie

September 17th, 2007 by cheekyluluksh

Assalamualaikum..
lamenye x menjengah blog ana nih. byk sawang dh. Pejam celik, pejam celik, dh tiba bulan ramadhan dh. masa seakan pantas berlalu. ana nk mintak maaf atas segala salah silap ana pada siape yg membace blog ana. Kadang2 ana gurau terlampau gak.. huhu.,.
semasa ana mengexplore forum mestica .org, ana tertarik utk bace sesuatu.. n di sini ana berkongsi. bace jgn x bace~

Khas buat dirimu..

Pernah seketika dulu saya rase saya
xberguna..
Duk dlm kelas kwn2 sume xsuke..
Saya nk join org diorg kata saya
nyibuk..
Ade gk yg kate saya kuat emo..
Sket2 nk mrh..
Pdhal sbnanye saya nk tgo diorg wat
slh..

Pstu saya cube wat lwk
konon nk tarik perhatian org len
saya pg gmbira bila ade org glk ngn
lwk saya
espcially dak2 pmpuan..
Dk2 laki sume kate saya mat capap..
tapi saya xkesah..
asalkan ade yg terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Mmg lumrah manusia..
Sorg lelaki akn tertarik kpd wanita
Cmtulah yg saya rasa..
Saya tgk kwn2 dh ade yg couple..
kt dorm sms2 awek smpi pg..
ade yg call awek smpi 1 mlm leh abis 10
rggit..

Saya mule fikir..
Adakah aku perlu BERCINTA?
Dgn mnggunakan akal sorg plajar tgktn 4
itu..
saya pn mule mnanam tekad utk
bercouple..
dn mse tu la saya knl awk..
saya rse saya dh jmpe org yg plg pntg
dlm
idup saya..

Mula2 awk jual mhl..
tapi saya xkesah..nk bli gk..
huhu..lst2 pndek cte..saya pn mulalah
BERCINTA..

Mse brcinta,mmg saya sgt2 bersemangat
Ape org minang kate..ALL OUT lah..
huhu~~
Saya salu call awk,awk pn salu call
saya..
gayut mlm2..kdg2 saya pn abis rm10 1
mlm..
Tapi sgala PENGORBANAN yg dilakukan
mse tu..
Xtrase pn kehilangannye..

Mse bercinta mmg indah..
Sumenye indah..
Sket2 guro2 n glak2
Kalo merajuk men pujuk2..
Kalo birthday men wish2..

Utk diri ni,trasa amat bhagia..
Sbb mse tu la trase diri ni dihargai..
Saya prnh pikir..
Biarlah kwn2 saya tu pndg saya smcm n
kata
saya mcm2..
Aslkan awk memahami saya..

Satu hr saya dgr ceramah..
Alhamdulillah..
Dlm ceramah tu saya sedar,saya byk wat
dosa
n saya kna brubah..
Hidup saya msti selari ngn Islam..
Saya kne jadi baik..
Sbb mmg tu fitrah manusia..
Ignkn kebaikan..
sume org nk msuk sayaurga kn?

Sejak dr tu saya mula rapatkn diri ngn
msjid..
Rapatkan diri ngn Al-Quran..
Salu smyg jemaah..
Salu dgr tazkirah..

Saya xnk jd baik sorg2..
so saya ajak awk skali..
Saya ajk awk bce quran..
saya ajk kjut awk bgun subuh..(calling)
saya ajk awk bg2 tazkirah..

Mula2 awk trkejut ngn perubahan saya..
Awk igt saya dh nk jd alim, nk brenti
couple.
Saya kate,kite bkn wat salah..
bercinta kerana ALLAH..
Kite couple x mcm org len..
Org len couple jiwang2 je..
ade yg siap wat mksiat lg..
pgg2 tgn n so on..
Tapi kita couple baik2..
Jge batas2 sayaaro’..
xnk gune ayat jiwang2
jnji xnk jmpe,tkut brlaku mksiat..

Dan awk trima perubahan saya tu..
Saya pn byk nasihat awk..
Awk pn trima..
Walopn kdg2 awk merajuk sbb tguran
saya tu
awk xdpt nk adapt..
tapi saya phm,prubahan mmrlukan mse..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredhai..
Saya salu doa supeya kita akn kekal
smpi
ke gerbang perkahwinan..

Dlm proses prubahan saya,
Saya mula sedar Dakwah itu wajib..
Kita kne mnyampaikan pd org ttg
kbenaran.
Kalo x..
kita akan dipertanggungjwbkn oleh ALLAH
di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-
A’raf,
surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: “Mengapa kamu
menasihati kaum yang ALLAH akan
membinasakan mereka atau mengazab
mereka
dengan azab yang amat keras?” Mereka
menjawab: “Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada
Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa”.

Pstu saya mulala bg tzkirah pd kwn2..
adek2..
Tgo diorg ape2 je yg diorg wat silap..
Saya xleh thn bile tgk org wat
slh/dose..
Saya msti nk tgo.
Selemah2 iman tgo ngn ati, oleh sbb
saya
nk jd org kuat iman..
pe lg..tgo je la direct..huhu~~

Pstu satu mse..
saya trbace psl couple..

“COUPLE HARAM”

Saya xcye..
tapi bile bce detail2 yg die bg..
cm btul lak..
huhu~~
tapi biase la kan..
kalo kite suke satu mnde tu..
kite ttapi akn cri alsn utk mneguhkn
pndpt
kita..

Saya pn wt tatau psl mnde tu..
N truskn je hubungan kite..
kite x buat mksiat..
Kita x jln2 pgg tgn..
X jiwang2..
Juz saling ambil berat..
Tnye kaba..
Borak2..
Siap bg tzkirah2 lg..
Pe yg haramnye ngn mnde cmni kn?
huhu~~

Xkesahlah..

Mse trus berlalu…

Mse ni dh nk dkt Trial SPM..
lg 3mggu kot trial..
ntah..lupe la..
xctat dlm diary..
sbb saya xde diari pon..
huhu..

Dlm mse tu, saya mmg rajin aja2 kwn..
Pd mse yg sme bg tzkirah kt diorg..

Ade yg respek..
ade yg prospek..(pndg slack)
Kdg2 bile tgur..
saya kne marah balik..
mcm2 la
ade kate tgur x berhikmah..
ade yg kate saya poyo je..
Tapi xpe..
saya ade tmpt ngadu..
huhu~~

Suatu masa..
ktika sdg mntadabbur Al-Quran sorg
diri..
saya trtjmpe ayat ni..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berpikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pn trfikir..

“Slama ni aku dok tgo org je.
Tapi aku sndri msih byk kekurangan,
Cpt mrh, suka buang mse,
ade gk dose2 kcik yg msih dilakukan..
cmne yek?”

Pstu trjmpe lak ayat ni..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah
kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tetibe saya trfikir satu kritikan kwn..

“Ala ko tu..ckp brasap..gaye alim,tapi
couple gk..sme je ko ngn kitorg..tgo
org
konon..”

Berfikir sejenak..
Sbnanye brcouple ni leh ke x?
Adakah slame ni saya hnye mnganggap ia
boleh?
Dh tu, npe saya rse malu bile mak dan
ayah
tau saya slalu contact prmpuan?
Dan terkadang rasa serbe salah?

Mcm2 yg saya fikir..

Dipendekkan crita lg skali..
saya ke penang utk mngikuti satu
seminar
dkwh..
Saya hrp dgn seminar ni kefahaman saya
mngenai dakwah akn lbih mntapi..

Sblum g sminar tu..
saya stil sms2 lg ngn awk..
tnye khbr..
smpt lg psn2 spye jgn lpe bce quran
arini..
dlm pikiran saya..
“Ni kira dkwh gk ni..saling
ingat-mngingati..”

******

Mjlis malam tu berakhir dgn sesi
ta’aruf,
kul 10 sume org dh bebas nk wat pape..
Lgpn ktorg pnt..
xkn nk pnjg2kn program smpi tgh mlm..
pihak penganjur pn phm..

Ttbe saya trgerak hati utk brkongsi
mslh
ngn fasilitator yg ade kt situ..
Saya rse ni la mse trbaik nk tnye pndpt
die psl couple.
Tapi saya tragak2..
“kalo betulla couple tu
salah..abistu,nk
wat cmne? Aku kne clash ke?
Aaah,watapie pikir cmtu..tnye je la.
Kalo
xwat salah nk watapie tkut..”

Lalu saya mnghampiri Brother
fasilitator
tu..
Mse tu die tgh belek2 trjemahan quran
die sorg2..

“Assalamualaikum, bang, saya nk tnye
sket
bule?”

“Em,boleh..duduklah. Nta nk tnye ape?”

“Er..cmni,saya nk tnye sket. Sblom saya
trlibat ngn dkwh ni, saya ade la knl
sorg
kwn ni, prmpuan la. Tapi bknla stakat
kwn
biase..rapat gk la. Bkn rapat
biase,tapi
rapatla..”

“Bercinta ke?”

Saya malu nk tckp yg saya couple. Kg
ape lk
brother tu kate..msti die pndg slack
nnt. Saya angguk je la. Pstu saya
tnye..

“Sbnanye..couple ni boleh ke tak bang?”

“Akhi, mmg fitrah manusia, lelaki akan
trtarik kpd perempuan, bgitu juga
perempuan akn trtarik kpd lelaki. Tapi
dlm
Islam, perasaan tu prlu ada batasnya.
Pergaulan prlu dijga. Kn ALLAH firman
dlm surah Al-Isra’, surah ke 17, dlm
ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina;
sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan
yang
buruk.”

“Tapi bang,saya xnmpk pn mnghampiri
zina.
Niat kami baik. Saya dh cuba sdaya
upaya
mngawal perhubungan kami. SMS2 pn xdela
jiwang2,slalu bg tzkirah. Kami selang2
bg, harini saya, esok die. Kn ke baik
tu?”

Saya xnk mengalah.

“Mmg betul niat nta baik. Tapi igt,
niat
xpernah mnghalalkan cara. Yg batil
ttapi
batil, yg haq ttapi haq. Cbe tgk ayat
ni.”
Smbil brother tu bkk quran die, dan
tnjuk kt saya ayat ni:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan
sungguh telah nyata bagi kamu
(kehancuran mereka) dari (puing-puing)
tempat tinggal mereka. Dan setan
menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia
menghalangi mereka dari jalan (ALLAH),
sedangkan mereka adalah orang-orang
yang
berpandangan tajam.
(Surah Al-Ankabut,Surah 29, ayat 38)

“Akhi, kalo nta tgk ayat ni, setan
telah
buat nta pndg indah mnde buruk yg nta
lakukan. Walopun nta brpandangan
tajam,mksdunye nta berilmu tinggi.
Mmgla pd mulanya niat nta baik, tapi
igt,
setan licik. Dia akn sdaya upaya buat
nta trjerumus ke dlm kemaksiatan..”

Saya pn ckpla..

“Tapi bang, saya dh jnji ngn die xnk
jmpe
lg. Sbb saya tau kalo brjumpe nnt byk
bhyenye. Dan die pn stuju. Kami sme2
mnjge diri. Xkn ia boleh mmbawa kpd
zina
jugak bang?”

“Em,btul,nta dh jnji xnk jmpe ngn die
lg. Nta dh dpt elakkan zina mata, zina
tangan, zina kaki. Kalo nta jnji xnk
call die selalu, nta dpt elak zina
telinga dan zina lidah. Tapi akh..msih
ada
zina yg ttapi nta xdpt elak bila
bercouple..”

“Zina hati?” Saya mncelah.

“Betul, zina hati. Semua ni la yg
Rasulullah jelaskan dlm hadithnya
bagaimana menghampiri zina tu. Nta
boleh
check dlm Riyadhus Solihin, bwh bab
larangan melihat wanita. Rasulullah
sabda, mata boleh berzina dgn melihat,
lidah boleh berzina dgn kata2, tgn
boleh
brzina dgn brpgangan. Kaki boleh
berzina
dgn berjalan ke arah tmpt mksiat. Hati
pula boleh berzina dgn merindui,
mngingati, mmbayangi si die.
Hakikatnye,
cmne pn nta wat, nta ttapi xdpt lari
drpd
zina hati.”

Saya terdiam..kelu. Xtau nk kata apa2.
Sume yg brother tu kate xnmpk pe yg
salahnya. Pstu die smbung..

“Ana dulu pn couple gk. Lg lme drpd
nta.
Sjk skolah smpi dh msuk U, dkt nk gred.
Tapi bila ana sdar psl ni, ana trus
tinggalkan. Ana siap dh pikir, dialah
bakal isteri ana, yg akan jd ibu kpd
anak2 ana. Kalo nk ikutkan lg besar
mslh
ana drpd nta.”

“Saya riso la bang. Nnt pe kwn2 die
kata.
Dulu saya slalu mntk tolong diorg utk
rpt
ngn die. Sure nnt diorg sume xpuas hati
ngn saya. Dan die sndri lak, saya
takut pape
akn jd kt die kalo die xdpt trima
keputusan ni. Sbb kami dh rapat sgt2″

Mse tu saya dh mule sebak dah. Malu
tol.
Nangis dpn brother tu cte psl mnde ni.
Ntah pape. Seb baik xde org len tgk
mse tu.
Brother tu jwb..

“Kalo kwn2 die xpuas hati pn, diorg nk
watapie? Paling truk pn,diorg akn
mngata
di blakang nta. Nta x kurang sket pn.
Lg
pn, dalam berdakwah ni, kita nk cari
redha ALLAH, biarlah org nk kata ape2
skali pn, yg pnting redha ALLAH. Kalo
ALLAH xredha, sumenye dh xbrmkne lg.”

Saya trdiam lg.

“Psl die plak, cbe nta pikir dr sudut
positif, mungkin die akn trima
keputusan
nta scara matang. Mungkin dia juga akn
buat keputusan utk tidak lg bercouple.
Ana yakin,die xkn buat apa2 perkara
bodoh. Kalau die wat skali pn, tu bkn
tggungjwb nta, ape yg nta nk wat tu
btul, meninggalkan mksiat. Semua org
akn
tggung balasan atas perbuatannya
sndiri.”

Saya dh xdpt thn lg. Mse tu saya
nangis,
saya
dh sdar gy saya kne berhenti couple. Dh
jelas skg, Couple tu haram.

“Jd cmne nk wat bang?”

“Ana dlu, hntr 1 sms je kt die. Ana
trgkn die hubungan yg dibina tu salah.
Mntk maaf, kita berakhir di sini. Tlg
jgn cari saya lg. Pstu ana trus tuka
no.
Die xcontact ana lgsung dh pstu.”

“Mksudnye, saya xleh cntct die lg ke?
Tapi
bang, saya ade gk kwn prmpuan lain,
leh lk
saya cntct diorg?”

“Dgn die ni lain. Nta dh pernah ade
’sejarah’ ngn dia. Tapi, kalau nnt
ditaqdirkan nta satu universiti ngn
dia,
satu kuliah, pstu kne lk wt group
discussion, mse tu nta hnye lyn die juz
sbg group discussion partner.”

Ttbe saya trfikir..
“Die ni nk suro aku clash mlm ni gk ke?
Skg gk? Xknla awl sgt?”

Saya ckp..

“Saya rasa saya lom ade kekuatan la
bang.
Leh x saya tggu smpi saya ade kekuatan
br saya
tgglkn mnde ni?”

Saya bajet nk lari la. Skali die jwb..

“Akh, nta kne igt. Kekuatan tu xleh
ditunggu, tapi ia prlu dibina. ALLAH
xkn
ubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum
itu mngubah keadaan dirinya sndiri,leh
rujuk surah Ar-Ra’du,surah ke-13,ayat
11. Lgpn,nta nk tggu smpi bile bru nk
tgglkn couple ni..abg2 kt sini pn ramai
yg prnh couple, bile msuk dkwh, diorg
tgglkn.”

Alamak…xleh lari lgla nmpknye..saya
rase
cm brother ni pkse saya clash mse tu
gk.

“Sumenye dh jelas rsenye..Nmpknye saya
kne
tgglknla mnde ni gk ye. Cm xlrt rsenye
nk tkn button tepon ni. Rse xsggup.”

“Kalo xsanggup meh ana tolong
tekankan.”

“Eh, xpe la bang. Biar saya taip
sndri.”

Tragak2 saya nk taip mse tu.
Tapi saya gagahkn gk diri..

“Semuanya dh jelas..buat ape aku tgguh2
lg. Tkut nnt hidayah ni ALLAH tarik,
ssh
lak nk tgglkn. Kn aku salu doa supaye
dijauhkn dr mksiat..jd rsenye, inilah
msenye..”

Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

“Assalamualaikum..
Sbnarnya slama ni hubungan kita salah
di
sisi Islam. Saya igt dgn mengubah cara
pergaulan kita, ia dh dibolehkn, tapi
sbnarnya ia ttapi berdosa. Saya hrp
awk akn
istiqamah truskan perubahan yg awk dh
buat, krn ALLAH. Saya mntk maaf ats
segala
yg dh berlaku. Kalau ada jodoh
insayaa-ALLAH, akn bertemu jua.
Assalamualaikum..”

Berat tul nk hntr msg tu kt awk. Saya
msih
xmmpu nk ucap slmt tggl. Sbb tu dlm sms
tu saya juz akhirkan dgn ucapan salam.

Lps beberapa ketika..saya tkn gk button
[send].

Pstu tertera kt skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Mse tu saya rse cm sparuh idup saya dh
hilang. Cm xcaye je..saya dh hntr 1
sms, dan
clash ngn awk..

“Terima kasih bang..”

“Takpe, dh tggungjwb..”

Mlm tu saya saya tdo ngn linangan air
mata..
X sangka..mmg x disangka..
Saya mmg xpnh trpikir utk clsh, tapi
tu la
yg terbaik untuk kita sbenarnya..

Teringat ayat ALLAH..surah Al-Baqarah,
ayat 216..
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal
berperang itu adalah sesuatu yang kamu
benci. Boleh jadi kamu membenci
sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH
mengetahui, sedang kamu tidak
mengetahui.

*******

Masa terus berlalu..
Saya trus sibukkan diri ngn keje2
lain..
Dlm usaha nk lupekan awk..
bkn sng..
tapi saya trus cuba.

Saya slalu bg tzkirah..igtkn org..
Saya bg taklim kt msjid, cte kt org,
couple haram, tunjuk sgala dalil..
Mcm2 yg berlaku…
ade kritikan..
ade gk yg stuju..
tapi xkesahlah sume tu..

Tbe2 1 pg ni..
dpt lk msg dr awk..
awk bg gmbr bunga..
bwh tu ade ayat..
“Seindah gubahan pertama..”

Saya rse awk stil xleh lupekan saya..
Saya pn pk..kne tgskn rsenye..
Pstu saya hntrlah sms ni..
Dan rasanya itulah yg terakhir..

“Tiada yg lebih indah drpd mndapat
keredhaan ilahi..seindah manapun
gubahan
pertama tu, slagi xmndpt keredhaanNya,
ttapi xbrguna..

Assalamualaikum..saya tau dlu saya
ckp, kalo
ade jodoh, insayaa-ALLAH akn bertemu
juga.
Tapi saya xnk awk tggu. Lupekan saya.
Biar
ALLAH yg menentukan..
Lg 1, jgn cari cinta manusia,
ia pnuh dgn pnipuan,
kekecewaan,
dan xkekal..

Tapi carilah cinta ALLAH..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yg diredhai..

-Yang Terakhir- ”

ana dh buat keputusan
ana psti apa yg ana buat ni btul.
ana yakin, ALLAH akn sediakan yg
terbaik
untuk ana.
ana xkn berpatah balik..

Xkan..buat selama-lamanya.

Seruan utk sahabat..

September 8th, 2007 by cheekyluluksh

assalamualaikum..shbt2

insyaallah x lama lagi kita akan
mnempuhi bulan ramadhan al-mubarak yg
mulia, bulan di mana Al-Quran
diturunkan…menjadi petunjuk kpd kita
smua..

jd insyaallah di kesempatan ni, saya nk
menyeru shbt2 skalian mengenang kmbali
kisah para shbt dulu.. sebelum
menjelangnya ramadhan, mereka sgt
gembira dan x sabar2 utk menghadapi
ramadhan, bagaikan seseorang yg sedang
menunggu kehadiran kekasihnya…pastu
bila ramadhan dh berakhir, para sahabat
ramai2 menangis sbb sedih ditinggalkan
oleh bulan
ramadhan…subhanallah…adakah kita
skrg ni mmpunyai feeling yg sama mcm
para sahabat dulu?? sama2 lah kita
renungkan…

saya jgk nak menyeru shbt2 skalian utk
kita sama2 mempersiapkan diri utk
menghadapi ramadhan. kalau slama ni kita
ada pernah bermusuhan dgn shbt2 kita,
jomlah sama2 kita mohon maaf. pastu,
kalau kita tau mana2 shbt kita yg sdg
bergaduh skrg ni, jomlah kita tolong
damaikan mereka.

dalam surah al-Hujurat, 49:10, Allah SWT
berfirman: “Sesungguhnya orang mukmin
itu bersaudara, maka damaikanlah antara
kedua saudaramu (yang berselisih) dan
bertaqwalah kepada Allah agar kamu
mendapat rahmat.”

Rasulullah SAW juga pernah bersabda:
“Tiada beriman seseorang kamu,
sehinggalah dia mencintai saudaranya
sama seperti dia mencintai dirinya
sendiri.” HR Bukhari dan Muslim.

jadi, shbt2 skalian, diri saya yg amat
hina dan penuh dgn dosa ni ingin menyeru
kalian semua. sama2lah kita tarbiyah
diri kita sendiri, tazkiyah an-nafs,
sucikan jiwa kita dan jadikan diri kita
sebagai seorang muslim yg betul2 muslim.
Then, insyaallah kita bina sebuah
keluarga Islam. bila dh terbentuk banyak
keluarga Islam, insyaallah akan terbina
sebuah Ummah Islam yang finally lead to
sebuah Daulah atau negara Islam.

memang betul, slama ni kita sgt banyak
buat dosa. marilah kita mohon ampun drpd
Allah dgn menangis dan menyesal dgn
kesalahan dan kejahilan kita selama ni.

Imam al-Ghazali pernah berkata: “Jika
kamu x mampu utk menangis, maka
pura-puralah menangis. Jika x mampu,
maka paksalah matamu utk menangis. Jika
x mampu jgk, maka menangislah kerana
kamu x mampu utk menangis.”

di sini kita dpt lihat betapa pentingnya
saranan utk menangis sbg salah satu cara
utk kita mohon ampun drpd Allah SWT.
Sungguh, Dia Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.

Yakinlah dengan rahmat Allah. knapa
kita terlalu sombong utk kembali ke
jalan Allah? janganlah kita terlalu leka
dengan dunia ni, sbb Rasulullah SAW amat
takut kalau umat2nya terkena penyakit
al-Wahan, penyakit cintakan dunia dan
takut mati. padahal x ada yg lebih
berhak utk dicintai melainkan Allah dan
rasul-Nya, boleh rujuk surah at-Taubah
ayat 24.

kesimpulannya wahai shbt, kita umat
Islam skrg ni mmg betul2 telah lari jauh
drpd kebenaran. sedangkan apa yg kita nk
cari di dunia ni adalah redha Allah.

ingatlah,kehidupan kita di dunia ni
hanyalah kesenangan yg memperdaya. dalam
surah Ali imran, 3:185 Allah berfirman:

“….Barang siapa dijauhkan dari neraka
dan dimasukkan ke dlm syurga, sungguh,
dia memperoleh kemenangan. Kehidupan
dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.”

jadi, sahabat2 yg sanggup baca sampai
habis..terima kasih banyak2 dan sama2lah
kita ambik iktibar…ni cuma pesanan dr
seorang hamba yg hina…kalau ada salah
dan silap saya slama ni,
maafkanlah…bimbinglah saya dan
bimbinglah diri kita sndiri utk sama2
menuju mardhatillah, jalan yg menuju
keredhaan-Nya.

wassalam…ingatlah, dunia ni bukan
target kita, kehidupan di akhirat tu
jauh lebih baik drpd kehidupan dunia.

Nostalgia

August 25th, 2007 by cheekyluluksh

Terkenang sebuah memori lalu

Kisah persahabatan kita bersama

Di dalam satu pengajian

Menuntut ilmu dan pengalaman

Mengingatkanku pengorbananmu

Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru

Tawa riangmu menghiburkan hatiku

Indahnya suasana ketika itu

Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku

Mengenalkanku erti kehidupan

Susah payah kita hadapi bersama

Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya

Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup

Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu

Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

assalamualaikum,

hari ini, ana rasa sedih, gembira..arghh susah nak diungkapkan dengan kata2.. ana tidak pandai nak bermadah pujangga.. apa yang ana nak beritahu di sini, ana amat berterima kasih pada dia kerana menjadi sahabat ana. Bantu ana. Sumbangan nya amat besar dlm diri ana.

Ana sedar, manusia hanya mampu berusaha, Allah yang menentukan. Semuanya milik Allah dan ketika berusaha pasti diuji Allah. Pagi-pagi lagi ana rasa sedih. Takda sape yang boleh tolong hantar ana ke sepang. Untuk apa? dating. hehe.. taklah. jmpe salah seorang sahabat ana. Dia bakal ke luar negara. Ana rasa terkilan juga kerana tak dapat ikut sama ke KLIA. Bukan hati ini tidak mahu, tapi semua student kolej ana tak boleh balik. Diturutkan rasa hati ini, ana nak fly je.

Sampai di rumah mak cik di sepang jam 10.30pg.  Lebih kurang jam 4 ptg ana dan kak angkat ana bertolak ke kolej sahabat ana tu. Sesampai di sana, dia melangkah menuju ke kereta yang kami naiki. ana tersenyum. sayu, gembira, jadi satu. tangan nya ana genggam erat dan memeluknya. rasa seperti tak mahu lepas. sayang sekali dia tak dapat mengikut ana ke rumah mak cik ana kerana atas sebab tertentu.
Pak cik teksi pula ada hal, jadi ana terpaksa cepat naik kereta semula.

Selepas berborak sebentar dengannya, ana bertolak pulang ke rumah mak cik ana semula. Perghh.. ana memang tak bolah nak menahan lagi empangan air mata. Ana rasa ana bukanlah seorang yang lemah kalau ana menangis wlupun sesetgh orang berpendapat begitu. Bila teringat semula peristiwa tadi, rasa sebak. Semasa kami berpelukan, rasa tak mahu lepas. walaupun ana jumpa dengan sahabat ana tu tak sampai 5 minit pon, ana tetap bersyukur kerana diberi peluang juga untuk berjumpa walaupun untuk seketika. Rindu di hati sedikit terubat. Banyak tohmah yang melanda setiap kali kami merancang untuk bertemu. Ana dapat rasa ukhuwwah antara kami ni erat. Bila di sana nanti, jangan lupa persahabatan kita. Semoga Allah merahmatimu.

Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang

Bertahun kita melangkah bersama
Sela cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina

Semoga kitakan dirahmati
Oh teman….

Jihad ada pada dirim..Muslimah

August 23rd, 2007 by cheekyluluksh
Muslimah0nm_1
Wanita itu
ibarat bunga.Keindahan terserlah pada kelembutan gerak langkahnya,
kecantikan budi pekerti juga haruman akhlak mahmudahnya. Apabila
digandingkan dengan ‘jihad’ maka ia dilihat agak pelik dan berbeza
dengan fitrah kejadiannya. Istilah jihad dilihat sebagi satu keadaan
yang memerlukan kekuatan, kekerasan , ketegasan juga pengorbanan dalam
mendepani sesuatu yang berlawanan dengan kebiasaan dan keinginan. Namun
hakikatnya, ‘jihad’ merupakan pendamping yang paling perlu dijadikan
sahabat setia seorang wanita.

Jika wanita diciptakan dari tulang
rusuk kiri lelaki, ianya sudah membuktikan satu keunikan yang tersirat.
Pada realitinya tulang, jika terlalu kuat dibentuk akan patah maka
tiada bergunalah lagi. Tetapi jika terlalu lembut membentuknya maka
tiadalah berganjak dan tiada perubahannya.Wanita lemah dari sudut
aqalnya, dan ada yang mengatakan memiliki 9 nafsu yang dipandu oleh
satu aqal. Pastinya satu peluru ini sukar untuk menumbangfkan 9 musuh
secara perseorangan. Namun jika peluru ini dimanfaatkan sebaik dan
sebijaknya dengan perancangan, 9 musuh akan tumbang sekali gus denagan
satu letupan besar yang dihasilakna oleh sebutir peluru.

Realiti
kehidupan seorang wanita memang sememangnya penuh dengan ujian dan
fitnah kerana hakikat diri wanita itu sendiri adalah fitnah. Maka dalam
situasi sebegini, kitamemerlukan benteng pertahanan yang kukuh samada
dalam aspek ruhiyyah atau jasadi, bagi menjamin dirinya selamat dan
boleh menyelamatkan orang lain..

Jihad wanita terhadap diri dan hawa nafsu ( Mujahadatun Nafs)

Ianya
memerlukan pengorbanan yang besar kerana kehidupan wanita sering
dilingkari dengan kehendak perasaan dan bisikan hati. Perasaan dan hati
perlu sentiasa dipandu arahnya dan dididik. Untuk mencapai mujahadah
ini, kesedaran dan pengorbanan itu perlu.Wanita diciptakan dengan
seindah-indah ciptaan..tapi keindahan dan kecantikan itu perlu dibatasi
dan dipamerkannya mengikut batasan syara’..Jika nafsu mendorong kepada
kebendaan, material..hadkan kehendak nafsu..berbelanja atau memilih
ikutlah kepada kemaslahatannya..samada dharuriyat(sgt2 perlu spt
perkara utama dlm kehidupan agama,air,udara), hajjiyat( yang perlu spt
pakaian,rumah dll) ataupun tahsiniyyat ( yang kurang penting spt kasut
yang pelbagai warna mengikut warna baju, hiasan rumah dll)..
Wanita
tidak boleh dipisahkan dengan hati dan perasaan, tetapi kita perlu
bijak melayani dan mengawal kerenah perasaan..halakan perasaan itu
kepada yang HAK..

Musuh yang paling utama dalam mujahadah adalah
nafsu sendiri dan juga syaitan..Untuk menghindarinya, nafsu perlu
ditarbiyyah dengan rasa khauf(takut) dan raja’(pengharapan) kepada
Allah s.w.t..Tarbiyyah diri dengan sentiasa taqarrub denganNYA dan
sentiasa memohon perlindunganNya daripada gangguan syaitan yang
direjam..Basahkan lidah dengan zikrullah..Wanita perlu lebih mujahadah
kerana fitrah kejadiaan, wanita dianugerahkan banyak masa yang
‘direhatkanNya’ untuk beribadah..Jadikan santapan aqal yang turut mampu
menjadikan santapan nafsu yang mengenyangkan..Kita perlu yakin bahawa
kita perlu mengorbankan kepuasaan yang fana’(akan binasa) dan sementara
bagi menggapai kenikmatan yang abadi dan hakiki..

Jihad wanita menegakkan kebenaran dan syariatNya

Jihad
ini secara fitrahnya ada pada setiap individu muslim. Jihad seorang
isteri apabila mendahulkan kepentingan suami sebelum kepentingan
dirinya. Jihad seorang ibu, sentiasa memastikan kemaslahatan dan
kebahagiaan keluarganya mendahului dirinya..Jihad seorang pelajar ialah
mampu merealisasikan kebenaran dan ilmu yang dipelajarinya walau dalam
apa jua keadaan sekalipun..Contoh di Turki, pelajar muslimat yang
bertudung membuat bantahan tegas secara beramai-ramai terhadap larangan
memaki tudung di universiti..Jihad wanita sebagai salah seorang
mukminah yang ingin melihat Islam dimartabatkan adalah dengan
memperjuangkan dan mempamerkan keindahan Islam serta melahirkan zuriat
yang merupakan generasi pelapis yang bakal mentadbir dunia..

Semangat
jihad yang tinggi ini adalah perlu ada pada kaum wanita selaku
bakal-bakal ibu yang dari rahimnyalah akan lahir JEELUL ISLAM yang akan
datang dan juga pejuang-pejuang kebenaran yang bakal menyambung
perjuangan Baginda s.a.w.

ana copy paste ja disebabkan skil menulis ana masih kureng lagi.. tp yang penting, input nya kita ambil.. jihadlah di jalan Allah!!