Archive for November, 2005

it’s me

Thursday, November 24th, 2005

lukisan nih thn lepas buat.. skang jd avatar aku kat lmn web nasyid cam komuniti sahabathijjaz n jd signature aku kat yahoo mail…

Aidar

ni mke aku..ade rupe tak?

SeNyUM TaNDa KeMeSRaaN

Thursday, November 24th, 2005

just nk kongsi artikel yg aku bace…

Senyum itu tanda kemesraan

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3.Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sukar dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6.Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7.Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawadhuk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan. Sesungguhnya solat itu sangat besar dan berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.

Islamic Graphics

Wednesday, November 23rd, 2005

when surfing the net..i found islamic wallpapers  n graphics… free to download!!.. u need to see them.. 

here’s da wallpapers  & avatars….

Eternityrosezrie86

Eternitybluerosezrie86_1

Avtdkpurple_1

Avtbluelove_4

click here to see more..wow!

Bidadari Besi

Wednesday, November 23rd, 2005

Bidadari_besi Khawla binti Azur
Siapakah Khawla binti Azur? Jeng jeng… beliau adalah antara wanita-wanita di kalangan sahabat Rasulullah yang wajar dicontohi. Banyak sebenarnya wanita-wanita yang menjadi legenda dalam sirah, seperti Asma’ bint Ziyad dan Nusaibah bint Kaab… Yang lainnya, Khawla telah berpakaian seperti seorang pria untuk menyertai angkatan Khalid Al-Walid. Beliau memang tangkas dan pantas ketika bertarung (lawan pedang ooo…) untuk menyelamatkan adiknya Dirar bin Azur yang ditawan tentera Roman. Nak tahu kisah selanjutnya? Baca dulu komik ini…

Bidadari Besi 1

Bidadari Besi 2

Hmmm… industri penerbitan Islam di Indonesia rasanya lebih jauh ke hadapan. Kita di mana ya? Insha Allah we’ll keep up the pace soon.

Devotees

Monday, November 21st, 2005

DEVOTEES membawa makDevotees2_1sud seseorg yg begitu semangat ttg sesuatu terutamanya ajaran agama. DEVOTEES dianggotai oleh 4 orang remaja; Adi Akmal Bin Sehrom, Abdul Halim Bin Ahmad, Ahmad Shauqi Bin Abu Kashim, dan Muhammad Bin Tawi.

Album DEVOTEES yg berbeza iaitu berkonsepkan ‘urban nasyid’ yang diterapkan dengan elemen2 segar dan sesuai dengan gaya peredaran trend masa kini; menampilkan tema-tema "pop dakwah & world music" kepelbagaian irama seperti                                                                dr kiri : halim, muhammad, shauqi, adi

nasyid, rap, dance, r&b serta pop.

Album sulung ini menampilkan komposer-komposer ternama tanah air seperti Yassin, Along (Exist), Abu Bakar (Raihan), Isman (Hijjaz), Munif (Hijjaz) dan Waheeda.

DEVOTEES, nama yang begitu unik, konsep yg sejati, irama trend semasa, berkualiti telah bersiap sedia untuk mewarnai kembali industri nasyid negara dan berbakti melalui irama nasyid. Lagu2 mereka ialah tika dinihari, mencari cinta, mahar cinta, sahabatku, alpha, kekasih, luahan rindu, hijrah menuju Allah, Lament, dan tragedi diana. Untuk pradgr..klik http://www.devotees.com.my/album.html

lagu2 dorg smua best2!! cube lah dgr..hehe

Sahabat Sejati

Monday, November 21st, 2005

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa Bear2
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku Bear3

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

munsyid : UNIC

album : See You Di IPT

Bear

Ibadahku

Sunday, November 20th, 2005

Ibadahku2ss_1

7 jenis wajah mayat dalam kubur

Sunday, November 20th, 2005

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah
melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang
paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat
lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat
mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja.

Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii…. Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya
derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta
yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri… harta yang haram.
Merompak… harta haram. Melesapkan duit kawan… harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa
hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah
mayat orang yang suka makan riba’.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh

Di Kala Hati…

Sunday, November 20th, 2005

Normal_mekkah_1Di kala hati MERINDU, pujuklah hati,
“Sesungguhnya yang layak menerima rindu ku dan sebaik-baik pengubat rindu,
hanyalah pada mu Tuhan.
Aku yakin dengan merindui Mu,
Kau pasti menerima rindu ku.
Sedangkan jika aku rindukan manusia,
belum tentu dia rindukan aku…..”

Di kala hati TERLUKA DAN KECEWA,
kehilangan sesuatu yang disayangi,
pujuklah hati………
“Tuhan, hanya Engkau yang layak aku cintai,
walaupun aku cintakan manusia,
manusia akan pergi.
Kalau aku cintakan dunia,
dunia pasti rosak, malah rosakkan aku.
Tapi sekiranya aku mencintai Mu,
pasti selangkah ku rapat pada Mu,
seribu langkah Engkau rapat pada ku….”

Di kala hati merasa SEDIH DAN PILU,
berpisah dengan yang disayangi,
ubatilah hati…ajaklah hati berkata:
“…..Ahhh, aku hanya berpisah dengan manusia,
bukankah Tuhan masih ada,
untuk aku gantungkan hati ku.
Sesungguhnya hanya pada Mu sahaja tempat aku mengadu….
Tuhan, terimalah hati hamba-hamba Mu ini……”
Normal_3dr01_large

Di kala hati MERINTIH,
kerana menerima ujian dan dugaan,
didiklah hati:
“Tuhan, memang aku layak menerima kesusahan dari Mu,
kerana hati ini banyak berdosa pada Mu,
juga sering mengulangi kesilapan dulu.
Aku pasti ya Allah!
Ujian dan kesusahan ini,
mengundang hikmah dan iktibar buat ku, tanda kasih sayang Mu……”

“Tuhan……
Aku tak pasti bagaimana penerimaan Mu,
di kala mendengar rintihan hati ku ini.
Bukan tidak redha dengan ujian dan kesusahan ini,
namun sekadar ingin mengadu pada Mu.
Aku yakin Kau tak mungkiri,
pada wahyu yang Kau nuzulkan,
Kau berjanji akan menerima pengaduan hamba Mu.”

“Ya Allah…..
Kurniakanlah aku cinta Mu,
dan cinta orang yang cinta pada Mu,
dan cinta orang yang cintakan kekasih Mu,
yang hampir kepada Mu,
dan jadikanlah cinta itu,
yang boleh aku dambakan….”

22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir

Sunday, November 20th, 2005

Berikut adalah tanda2 hari kiamat kian hampir…

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

kiamat semakin hampir.. di manakah kita di sisi Allah??!!