Seloka Aurat
sekadar renungan bersama…=)
Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga WAJIB tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekung pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun ‘make up’.
Berbaju kurung bukanlah mengurung,
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.
Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.
Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.
Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka ALLAH, Rasul dan malaikat.
Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata mamandang ketiak seperti ikan lolong.
Lagilah aneh bila difikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.
Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Didalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.
Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi janan menunjuk ekyen,
Sesuaikan diri mengikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.
Kalau nak make up biarlah berpadan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.
Kasut tinggi cuba dijauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci ilahi.
Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang lelaki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.
Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung islam tersimbol.
Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.
Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubah lah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlah terpuji.
Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.
Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Kesana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh tauladan.
Sampai disini seloka ini,
Harap dapat menghibur hati,
Apa yang baik hendaklah diikuti,
Kalau boleh seikhlas hati?
“sesungguhya Rasulullah pernah bersabda; bahawasanya, perempuan yang sengaja memdedahkan auratnya dikhalayak ramai tanpa segan silu, tak kira sama ada dia anak dara, janda ataupun isteri orang,orang tua ataupun muda, dia akan dilaknati oleh ALLAH S.W.T. , malaikat2 dan segala makhluk dimuka bumi ini sehinggalah perempuan itu diturunkan bala oleh ALLAH S.W.T. jika perempuan itu anak dara atau janda, maka bapanya yang akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung dosanya, manakala bagi perempuan yang sudah berkahwin, maka suaminyalah yang akan dipertanggungjawabkan.”