Archive for August, 2007

Nostalgia

Saturday, August 25th, 2007

Terkenang sebuah memori lalu

Kisah persahabatan kita bersama

Di dalam satu pengajian

Menuntut ilmu dan pengalaman

Mengingatkanku pengorbananmu

Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru

Tawa riangmu menghiburkan hatiku

Indahnya suasana ketika itu

Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku

Mengenalkanku erti kehidupan

Susah payah kita hadapi bersama

Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya

Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup

Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu

Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

assalamualaikum,

hari ini, ana rasa sedih, gembira..arghh susah nak diungkapkan dengan kata2.. ana tidak pandai nak bermadah pujangga.. apa yang ana nak beritahu di sini, ana amat berterima kasih pada dia kerana menjadi sahabat ana. Bantu ana. Sumbangan nya amat besar dlm diri ana.

Ana sedar, manusia hanya mampu berusaha, Allah yang menentukan. Semuanya milik Allah dan ketika berusaha pasti diuji Allah. Pagi-pagi lagi ana rasa sedih. Takda sape yang boleh tolong hantar ana ke sepang. Untuk apa? dating. hehe.. taklah. jmpe salah seorang sahabat ana. Dia bakal ke luar negara. Ana rasa terkilan juga kerana tak dapat ikut sama ke KLIA. Bukan hati ini tidak mahu, tapi semua student kolej ana tak boleh balik. Diturutkan rasa hati ini, ana nak fly je.

Sampai di rumah mak cik di sepang jam 10.30pg.  Lebih kurang jam 4 ptg ana dan kak angkat ana bertolak ke kolej sahabat ana tu. Sesampai di sana, dia melangkah menuju ke kereta yang kami naiki. ana tersenyum. sayu, gembira, jadi satu. tangan nya ana genggam erat dan memeluknya. rasa seperti tak mahu lepas. sayang sekali dia tak dapat mengikut ana ke rumah mak cik ana kerana atas sebab tertentu.
Pak cik teksi pula ada hal, jadi ana terpaksa cepat naik kereta semula.

Selepas berborak sebentar dengannya, ana bertolak pulang ke rumah mak cik ana semula. Perghh.. ana memang tak bolah nak menahan lagi empangan air mata. Ana rasa ana bukanlah seorang yang lemah kalau ana menangis wlupun sesetgh orang berpendapat begitu. Bila teringat semula peristiwa tadi, rasa sebak. Semasa kami berpelukan, rasa tak mahu lepas. walaupun ana jumpa dengan sahabat ana tu tak sampai 5 minit pon, ana tetap bersyukur kerana diberi peluang juga untuk berjumpa walaupun untuk seketika. Rindu di hati sedikit terubat. Banyak tohmah yang melanda setiap kali kami merancang untuk bertemu. Ana dapat rasa ukhuwwah antara kami ni erat. Bila di sana nanti, jangan lupa persahabatan kita. Semoga Allah merahmatimu.

Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang

Bertahun kita melangkah bersama
Sela cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina

Semoga kitakan dirahmati
Oh teman….

Jihad ada pada dirim..Muslimah

Thursday, August 23rd, 2007
Muslimah0nm_1
Wanita itu
ibarat bunga.Keindahan terserlah pada kelembutan gerak langkahnya,
kecantikan budi pekerti juga haruman akhlak mahmudahnya. Apabila
digandingkan dengan ‘jihad’ maka ia dilihat agak pelik dan berbeza
dengan fitrah kejadiannya. Istilah jihad dilihat sebagi satu keadaan
yang memerlukan kekuatan, kekerasan , ketegasan juga pengorbanan dalam
mendepani sesuatu yang berlawanan dengan kebiasaan dan keinginan. Namun
hakikatnya, ‘jihad’ merupakan pendamping yang paling perlu dijadikan
sahabat setia seorang wanita.

Jika wanita diciptakan dari tulang
rusuk kiri lelaki, ianya sudah membuktikan satu keunikan yang tersirat.
Pada realitinya tulang, jika terlalu kuat dibentuk akan patah maka
tiada bergunalah lagi. Tetapi jika terlalu lembut membentuknya maka
tiadalah berganjak dan tiada perubahannya.Wanita lemah dari sudut
aqalnya, dan ada yang mengatakan memiliki 9 nafsu yang dipandu oleh
satu aqal. Pastinya satu peluru ini sukar untuk menumbangfkan 9 musuh
secara perseorangan. Namun jika peluru ini dimanfaatkan sebaik dan
sebijaknya dengan perancangan, 9 musuh akan tumbang sekali gus denagan
satu letupan besar yang dihasilakna oleh sebutir peluru.

Realiti
kehidupan seorang wanita memang sememangnya penuh dengan ujian dan
fitnah kerana hakikat diri wanita itu sendiri adalah fitnah. Maka dalam
situasi sebegini, kitamemerlukan benteng pertahanan yang kukuh samada
dalam aspek ruhiyyah atau jasadi, bagi menjamin dirinya selamat dan
boleh menyelamatkan orang lain..

Jihad wanita terhadap diri dan hawa nafsu ( Mujahadatun Nafs)

Ianya
memerlukan pengorbanan yang besar kerana kehidupan wanita sering
dilingkari dengan kehendak perasaan dan bisikan hati. Perasaan dan hati
perlu sentiasa dipandu arahnya dan dididik. Untuk mencapai mujahadah
ini, kesedaran dan pengorbanan itu perlu.Wanita diciptakan dengan
seindah-indah ciptaan..tapi keindahan dan kecantikan itu perlu dibatasi
dan dipamerkannya mengikut batasan syara’..Jika nafsu mendorong kepada
kebendaan, material..hadkan kehendak nafsu..berbelanja atau memilih
ikutlah kepada kemaslahatannya..samada dharuriyat(sgt2 perlu spt
perkara utama dlm kehidupan agama,air,udara), hajjiyat( yang perlu spt
pakaian,rumah dll) ataupun tahsiniyyat ( yang kurang penting spt kasut
yang pelbagai warna mengikut warna baju, hiasan rumah dll)..
Wanita
tidak boleh dipisahkan dengan hati dan perasaan, tetapi kita perlu
bijak melayani dan mengawal kerenah perasaan..halakan perasaan itu
kepada yang HAK..

Musuh yang paling utama dalam mujahadah adalah
nafsu sendiri dan juga syaitan..Untuk menghindarinya, nafsu perlu
ditarbiyyah dengan rasa khauf(takut) dan raja’(pengharapan) kepada
Allah s.w.t..Tarbiyyah diri dengan sentiasa taqarrub denganNYA dan
sentiasa memohon perlindunganNya daripada gangguan syaitan yang
direjam..Basahkan lidah dengan zikrullah..Wanita perlu lebih mujahadah
kerana fitrah kejadiaan, wanita dianugerahkan banyak masa yang
‘direhatkanNya’ untuk beribadah..Jadikan santapan aqal yang turut mampu
menjadikan santapan nafsu yang mengenyangkan..Kita perlu yakin bahawa
kita perlu mengorbankan kepuasaan yang fana’(akan binasa) dan sementara
bagi menggapai kenikmatan yang abadi dan hakiki..

Jihad wanita menegakkan kebenaran dan syariatNya

Jihad
ini secara fitrahnya ada pada setiap individu muslim. Jihad seorang
isteri apabila mendahulkan kepentingan suami sebelum kepentingan
dirinya. Jihad seorang ibu, sentiasa memastikan kemaslahatan dan
kebahagiaan keluarganya mendahului dirinya..Jihad seorang pelajar ialah
mampu merealisasikan kebenaran dan ilmu yang dipelajarinya walau dalam
apa jua keadaan sekalipun..Contoh di Turki, pelajar muslimat yang
bertudung membuat bantahan tegas secara beramai-ramai terhadap larangan
memaki tudung di universiti..Jihad wanita sebagai salah seorang
mukminah yang ingin melihat Islam dimartabatkan adalah dengan
memperjuangkan dan mempamerkan keindahan Islam serta melahirkan zuriat
yang merupakan generasi pelapis yang bakal mentadbir dunia..

Semangat
jihad yang tinggi ini adalah perlu ada pada kaum wanita selaku
bakal-bakal ibu yang dari rahimnyalah akan lahir JEELUL ISLAM yang akan
datang dan juga pejuang-pejuang kebenaran yang bakal menyambung
perjuangan Baginda s.a.w.

ana copy paste ja disebabkan skil menulis ana masih kureng lagi.. tp yang penting, input nya kita ambil.. jihadlah di jalan Allah!!

KUBURKAN KASIH PALSU!

Thursday, August 23rd, 2007

Muslimah2_baca_doa
Bila cinta menjadi perjudian
Suara hati mula goyah.
Kata apa yang hars diturut?
Nyata di sana,
Sketsa alam melenyap tegar.

Di kala onak bergelora,
Tenggelam sayang.
Seketika duri menusuk,
Lenyapnya rindu.
Bukan kerna mencari salah
Tidak sekali merungkai lemah.

Hakikat yang sudah pasti,
Bermula penuh sinar,
Perjalanan dicurah racun,
Mungkinkah mati di penghujungnya?

Mengapa menanti KASIH PALSU?
Mengapa menggilai tipu daya dunia?
Sedang janji Al-Mu’izz tiada helah,
Iman, taqwa mengharum kasih.

Mengemis cinta Ilahi,
Itulah yang pasti.
Tanpa resah tanpa pilu
Tiada duka tiada luka

Ikhlas nurani menyulam sayang,
Suara hati memanggil pergi
    Ya, Pergilah!
    Tinggal saja KASIH DUSTA itu.
Namun, tetap tidak berdaya
Di mana jalan harus disusuri?

Usah lagi bicara sia-sia diungkap,
Usah jua mengingati pada yang dursila
Kembalilah pada Al-Mu’izz
Basahi fikiran dengan zikrullah.
Lembutkan kalbu,
Dengan ayat-ayat cintaNya.
Noktahkan saja,
Perjudian SAYANG PALSU itu.

dipetik daripada antologi puisi grup karyawan luar negara.

APA DA”WAH YANG ANA INGIN BUAT PADA HARI INI??

Wednesday, August 22nd, 2007

Banna

assyahid imam Hassan al-Banna : Sesungguhnya da’wah yang kita bawa,seharusnya bersifat

1) Terus-terang
Da’wah
yang kita bawa ini,biarlah mereka(umat islam) nampak matlamat kita yang
sebenar.Pada mereka,da’wah kita tidak disaluti sebarang keraguan dan
kesamaran.Jelas da’wah kita untuk Islam.Ibarat bersinarnya sang
mentari,bercahaya berseri seperti di siang hari,terang benderang tanpa
kesamaran dan kegelapan.

2) Suci
Da’wah
yang kita bawa ini,adalah penuh kesucian dan ketulusan.Tidak dibaluti
kerana matlamat,niat lain.Tidak dipengaruhi dengan hawa
nafsu,pangkat,darjat,nama,kemasyuran mahupun kebendaan.

3) Kasih Sayang

Da’wah yang kita bawa ini,dihiasi dengan kasih sayang.Tunjukkan pada
mereka,buktikan pada mereka,biar mereka nampak sesungguhnya kita amat
menyayangi mereka,ingin menyelamatkan lebih daripada kita sayangi diri
kita sendiri.Sehinggakan kerana sayangnya pada mereka,dengan sepenuh
hati..membuatkan kita mengalirkan air mata dan mengganggu tidurkita
kerana memikirkan mereka di luar sana.

Untuk
mencapai elemen-elemen da’wah,’da’wah kita’ dinyatakan oleh as-Syahid
al-Banna,asasnya memerlukan kepada akhlak yang mulia seorang penda’wah.

Da’wah yang dibawa,perlu disulami dengan akhlak2 pendakwah yang sempurna.Antara prinsip akhlak seorang da’ie ialah :

1) Siddiq
( Langkah dapatkan kepercayaan)
-Dengan akhlak ini,kita akan membuatkan percaya kepada kita,setiap bicara dilontarkan,setiap tingkah laku yang ditonjolkan
2)Amanah (Langkah menjadi tempat berpaut)
   - Dengan sifat amanah, kita akan mampu membuatkan mereka berpegang,berpaut pada kita dengan erat
3) Al-Hilm
(Langkah menjadi daya penarik)
   - Dengan sifat lemah lembut,kita mampu membuatkan mereka tertarik kepad kita dan datang kepada kita.
4) Kasih Sayang
(Langkah untuk mengikat)
  - Dengan kasih sayang yang kita berikan,akan membuatkan mereka terikat pada kita,untaian rantai yang kuat dan kukuh
5) Al-Karim
(Langkah menjadi ikutan sepenuhnya)

- Dengan sifat kemuliaan kita, akan membuatkan mereka mengikut
kita,ikut kita membawanya ke arah kehidupan islam yang sebenar,memahami
tanggungjawab khalifah di alam dunia ini.

Satu
cetusan bersama..Penulisan juga satu medan da’wah,jihad lisan seperti
dikatakan oleh Said Hawwa..persoalan yang perlu difikirkan setiap
hari,selepas bangun pagi..

APA DA"WAH YANG AKU INGIN BUAT PADA HARI INI?                

Everything about me n YOU!!

Tuesday, August 21st, 2007

Fbear4

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua                            cam jejak kasih plak..huahua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan                        byk dugaan dtg bertandang menguji
Menempuh onak liku                                                keimanan
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia                                                biar pecah di perut jgn pecah di mulut
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita                                        walala..aku rindu waktu dulu2
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan DUA BENUA                          i’ll miss u so much!teruskan perjuangan!
Saling mengejar cita                                                 Berjuang kerana Allah! Takbir!
Tak pernah kulupakan                                              Allahu Akbar!!! 
Detik yang indah bersamamu temanku

Kupasti suatu masa                                                     InsyaAllah.. saat yg ku nantikan (",)
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama

Kisah Pohon Epal

Monday, August 20th, 2007

Suatu masa dahulu, terdapat
sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu
gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari. Dia memanjat
pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan
adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut.
Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal
itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu…

Anak
lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi
menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal
tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal
tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu.

" Aku bukan lagi kanak- kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab remaja itu.

" Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu
pohon epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada
padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli
permainan yang kauinginkan."

Remaja
itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari
situ. Dia tidak kembali lagiselepas itu. Pohon epal itu merasa sedih.

Masa berlalu… Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pohon epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu.

"Aku
tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang.
Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku.
Bolehkah kau menolongku?" Tanya anak itu.

"Maafkan
aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-
dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pohon epal
itu memberikan cadangan.

Lalu,
remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu
dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi
kemudiannya merasa sedih karena remaja itu tidak kembali lagi selepas
itu.

Suatu hari
yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia
sebenarnya adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon
epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu.

"
Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main
di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar.
Malangnya, aku tidak mempunyai boat. Bolehkah kau menolongku?" tanya
lelaki itu.

"Aku
tidak mempunyai boat untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh
memotong batang pohon ini untukdijadikan boat. Kau akan dapat belayar
dengan gembira," kata pohon epal itu.

Lelaki
itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia
kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi
selepas itu.

Namun
begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia,
datang menuju pohon epal itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah
bermain di sekitar pohon epal itu.

"Maafkan
aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untukdiberikan kepada kau. Aku sudah
memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah,
batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang
hampir mati…" kata pohon epal itu dengan nada pilu.

"
Aku tidak mahu epal mu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya,
aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku
tidak mahu batang pohonmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku
merasa lelah dan ingin istirahat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, istirahatlah di perduku," kata pohonapel itu.

Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohonapel itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Sebenarnya,
pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu
bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka.
Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk
meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta
pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap
menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira
dalam hidup.

Anda
mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon
epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan
anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa
kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari
ibu dan hari bapa setiap tahun.

Ana yang xreti dok diam =P

Saturday, August 18th, 2007

Assalamualaikum..

sbnarnye dh lame nk tulis sini.. tp mood ana nk tulis kat sini br dtg hr nih.. huhu.. 1st week holiday nih mmg busy.. busy jln2 ngan sahabat2,family..huhu.. sian buku ana baru dibelek kejap je..

hari jumaat-
iaitu hari paling best buat student kmj..hehe..ana blk ke kampung di semerah,batupahat..ana xreti blk sndiri, ana blk ngan qistina.. plan aslnya hawa ikut skali, tp parents hawa nk datang jmput hari esoknye..manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. pkol 3.30 ptg gitu kami b’tolak menaiki bas n turun kat pusat pertanian muar..kat situ kami jmpe ummi qistina. ummi qistina yg hntar ana smpai rumah atuk ana dlm pkol 7 lbh. dah 3-4 bulan ana x blk kg mse tuh.. byk yg dh berubah.. smpai2 je kene merewang..perghh,,penat..pkol 10 mlm ana dh t’sngguk2..huahua
pd malam tu family ana, n cousin ana smpai di kg..best~..esoknya ada kenduri cukur jambul+akikah+doa selamat.. ramai yg balik.. rindu kat dorg smua..

sabtu-_
kenduri sblah petang khas utk muslimat, sblah mlm plak utk muslimin. Hawa n qistina datang pd jam 4 ptg gitu. Hehe,.. ade segmen jejak kasih berlaku le.. dipendekkan eerite, hawa adlah Xstudent cikgu zana merangkap makcik ana..=)
hehe, bile difikir2 smula.. kecik kan dunia nih?

Ahad-
Pd pkol 9, hawa dtg semula sbb nk amik ana.. ana dh janji nk ke rumah hawa n qis..
Rumah dorg xlah jauh sgt ngan kg ana. Smpai2 je kat rumah hawa, kami terus ngadap laptop.. hehe.. kami online n transfer lagu2 nasyid.. huhu..best2.  dlm pkol 10 kami ke rumah qistina plak..punyelah khusyuk borak2 xsedar hari dh nk hujan kat luar..padahal ana kene blk KL tgh hari tu ngan family.. jd, hawa n ana t’pakse redah gak hujan..mujur renyai2 je. Tp t’prangkap kat kedai mase nk bli minyak motor.. ble hujan dh reda sket, ana n hawa terus pecut ke rumah atuk ana. Mmg basah kuyup r… sian hawa.. demam terus die ble blk rmah..ana b’tolak blk KL pkol 1ptg. Pkol 5 ptg barulah ana smpai di rumah.

Selasa-
Yeah! Hawa n qistina dtg rumah ana spt yg kami rancang..dorg smpai di pudu jam 12 tgh hari..after amik dorg, ana bawa mereka ke mydin kat area masjid India tuh. Kami bli handsock n stoking utk karisma. Byk gle. Pas bli barang, kami g isi perut kami kat sblah mydin tuh je.. then ana terus bw dorg balik rumah.
Adik kecik ana yang bongsu tu lmbat baik ngan org. tp ble ngan hawa n qistina, lain jadinye. Riuh. ‘Kak Hawa!Kak Hawa!Ni apa?’ huahua..

Rabu-
Jam 10 pg kami dh keluar utk ke mydin tu smula. Tp kami tukar plan ke uiapj utk jenguk mardhiah. Smpai2 je kat uiapj pd jam 12.30th hari, kami kene marah daa.. visiting hour pkol 4, tp kami dtg pkol 12.30.. janji ngan mardhiah nk jmpe pkol 1.. pada mulenye pak guard tu x benarkan kami msk, tp bg jugak.. hehe.. jam 1.20 gitu br la dpt jmpe mardhiah, bekas ketua naqibah di kmj sblom berpindah ke uiapj. Kami mkn mknn yg kami bli kat café. After makan, kami g solat kat blik mardhiah kat tingkat 7.. hehe..seb baik ade lif.. huhu..dok melepak kat situ smpai pkol 3 br kami balik.. sdey la sbb xsmpat nk b’gmbar ngan mardhiah..insyaallah ana dtg lg. =)
Dari uiapj kami ke jalan TAR.. huhu.. hawa n qistina shopping sakan..hehe kami pon ade bli tudung utk kami jual di kmj nnt.

Khamis-
Sdey btol hari nih. Hawa n Qistina balik ke johor jam pkol 12tgh hari=( maafkan ana klu spnjang sahabt2 di rumah ana ada byk kelemahan…

Jumaat-
Agaknya ana gi mana pulak ye? Ana ke Jaya Jusco di tmn maluri utk temu janji.. dgn sape? Ngan nurul sakinah bt mohd idrus a.k.a. QiQi!! My x-rommate kat kmj..kini die study kat kolej perguruan teknik kuala Lumpur. Bakal cikgu sains tu.. hihi.. kami mkn kat KFC n shopping~