APA DA”WAH YANG ANA INGIN BUAT PADA HARI INI??

Banna

assyahid imam Hassan al-Banna : Sesungguhnya da’wah yang kita bawa,seharusnya bersifat

1) Terus-terang
Da’wah
yang kita bawa ini,biarlah mereka(umat islam) nampak matlamat kita yang
sebenar.Pada mereka,da’wah kita tidak disaluti sebarang keraguan dan
kesamaran.Jelas da’wah kita untuk Islam.Ibarat bersinarnya sang
mentari,bercahaya berseri seperti di siang hari,terang benderang tanpa
kesamaran dan kegelapan.

2) Suci
Da’wah
yang kita bawa ini,adalah penuh kesucian dan ketulusan.Tidak dibaluti
kerana matlamat,niat lain.Tidak dipengaruhi dengan hawa
nafsu,pangkat,darjat,nama,kemasyuran mahupun kebendaan.

3) Kasih Sayang

Da’wah yang kita bawa ini,dihiasi dengan kasih sayang.Tunjukkan pada
mereka,buktikan pada mereka,biar mereka nampak sesungguhnya kita amat
menyayangi mereka,ingin menyelamatkan lebih daripada kita sayangi diri
kita sendiri.Sehinggakan kerana sayangnya pada mereka,dengan sepenuh
hati..membuatkan kita mengalirkan air mata dan mengganggu tidurkita
kerana memikirkan mereka di luar sana.

Untuk
mencapai elemen-elemen da’wah,’da’wah kita’ dinyatakan oleh as-Syahid
al-Banna,asasnya memerlukan kepada akhlak yang mulia seorang penda’wah.

Da’wah yang dibawa,perlu disulami dengan akhlak2 pendakwah yang sempurna.Antara prinsip akhlak seorang da’ie ialah :

1) Siddiq
( Langkah dapatkan kepercayaan)
-Dengan akhlak ini,kita akan membuatkan percaya kepada kita,setiap bicara dilontarkan,setiap tingkah laku yang ditonjolkan
2)Amanah (Langkah menjadi tempat berpaut)
   - Dengan sifat amanah, kita akan mampu membuatkan mereka berpegang,berpaut pada kita dengan erat
3) Al-Hilm
(Langkah menjadi daya penarik)
   - Dengan sifat lemah lembut,kita mampu membuatkan mereka tertarik kepad kita dan datang kepada kita.
4) Kasih Sayang
(Langkah untuk mengikat)
  - Dengan kasih sayang yang kita berikan,akan membuatkan mereka terikat pada kita,untaian rantai yang kuat dan kukuh
5) Al-Karim
(Langkah menjadi ikutan sepenuhnya)

- Dengan sifat kemuliaan kita, akan membuatkan mereka mengikut
kita,ikut kita membawanya ke arah kehidupan islam yang sebenar,memahami
tanggungjawab khalifah di alam dunia ini.

Satu
cetusan bersama..Penulisan juga satu medan da’wah,jihad lisan seperti
dikatakan oleh Said Hawwa..persoalan yang perlu difikirkan setiap
hari,selepas bangun pagi..

APA DA"WAH YANG AKU INGIN BUAT PADA HARI INI?                

Leave a Reply