Jihad ada pada dirim..Muslimah

Wanita itu
ibarat bunga.Keindahan terserlah pada kelembutan gerak langkahnya,
kecantikan budi pekerti juga haruman akhlak mahmudahnya. Apabila
digandingkan dengan ‘jihad’ maka ia dilihat agak pelik dan berbeza
dengan fitrah kejadiannya. Istilah jihad dilihat sebagi satu keadaan
yang memerlukan kekuatan, kekerasan , ketegasan juga pengorbanan dalam
mendepani sesuatu yang berlawanan dengan kebiasaan dan keinginan. Namun
hakikatnya, ‘jihad’ merupakan pendamping yang paling perlu dijadikan
sahabat setia seorang wanita.
Jika wanita diciptakan dari tulang
rusuk kiri lelaki, ianya sudah membuktikan satu keunikan yang tersirat.
Pada realitinya tulang, jika terlalu kuat dibentuk akan patah maka
tiada bergunalah lagi. Tetapi jika terlalu lembut membentuknya maka
tiadalah berganjak dan tiada perubahannya.Wanita lemah dari sudut
aqalnya, dan ada yang mengatakan memiliki 9 nafsu yang dipandu oleh
satu aqal. Pastinya satu peluru ini sukar untuk menumbangfkan 9 musuh
secara perseorangan. Namun jika peluru ini dimanfaatkan sebaik dan
sebijaknya dengan perancangan, 9 musuh akan tumbang sekali gus denagan
satu letupan besar yang dihasilakna oleh sebutir peluru.
Realiti
kehidupan seorang wanita memang sememangnya penuh dengan ujian dan
fitnah kerana hakikat diri wanita itu sendiri adalah fitnah. Maka dalam
situasi sebegini, kitamemerlukan benteng pertahanan yang kukuh samada
dalam aspek ruhiyyah atau jasadi, bagi menjamin dirinya selamat dan
boleh menyelamatkan orang lain..
Jihad wanita terhadap diri dan hawa nafsu ( Mujahadatun Nafs)
Ianya
memerlukan pengorbanan yang besar kerana kehidupan wanita sering
dilingkari dengan kehendak perasaan dan bisikan hati. Perasaan dan hati
perlu sentiasa dipandu arahnya dan dididik. Untuk mencapai mujahadah
ini, kesedaran dan pengorbanan itu perlu.Wanita diciptakan dengan
seindah-indah ciptaan..tapi keindahan dan kecantikan itu perlu dibatasi
dan dipamerkannya mengikut batasan syara’..Jika nafsu mendorong kepada
kebendaan, material..hadkan kehendak nafsu..berbelanja atau memilih
ikutlah kepada kemaslahatannya..samada dharuriyat(sgt2 perlu spt
perkara utama dlm kehidupan agama,air,udara), hajjiyat( yang perlu spt
pakaian,rumah dll) ataupun tahsiniyyat ( yang kurang penting spt kasut
yang pelbagai warna mengikut warna baju, hiasan rumah dll)..
Wanita
tidak boleh dipisahkan dengan hati dan perasaan, tetapi kita perlu
bijak melayani dan mengawal kerenah perasaan..halakan perasaan itu
kepada yang HAK..
Musuh yang paling utama dalam mujahadah adalah
nafsu sendiri dan juga syaitan..Untuk menghindarinya, nafsu perlu
ditarbiyyah dengan rasa khauf(takut) dan raja’(pengharapan) kepada
Allah s.w.t..Tarbiyyah diri dengan sentiasa taqarrub denganNYA dan
sentiasa memohon perlindunganNya daripada gangguan syaitan yang
direjam..Basahkan lidah dengan zikrullah..Wanita perlu lebih mujahadah
kerana fitrah kejadiaan, wanita dianugerahkan banyak masa yang
‘direhatkanNya’ untuk beribadah..Jadikan santapan aqal yang turut mampu
menjadikan santapan nafsu yang mengenyangkan..Kita perlu yakin bahawa
kita perlu mengorbankan kepuasaan yang fana’(akan binasa) dan sementara
bagi menggapai kenikmatan yang abadi dan hakiki..
Jihad wanita menegakkan kebenaran dan syariatNya
Jihad
ini secara fitrahnya ada pada setiap individu muslim. Jihad seorang
isteri apabila mendahulkan kepentingan suami sebelum kepentingan
dirinya. Jihad seorang ibu, sentiasa memastikan kemaslahatan dan
kebahagiaan keluarganya mendahului dirinya..Jihad seorang pelajar ialah
mampu merealisasikan kebenaran dan ilmu yang dipelajarinya walau dalam
apa jua keadaan sekalipun..Contoh di Turki, pelajar muslimat yang
bertudung membuat bantahan tegas secara beramai-ramai terhadap larangan
memaki tudung di universiti..Jihad wanita sebagai salah seorang
mukminah yang ingin melihat Islam dimartabatkan adalah dengan
memperjuangkan dan mempamerkan keindahan Islam serta melahirkan zuriat
yang merupakan generasi pelapis yang bakal mentadbir dunia..
Semangat
jihad yang tinggi ini adalah perlu ada pada kaum wanita selaku
bakal-bakal ibu yang dari rahimnyalah akan lahir JEELUL ISLAM yang akan
datang dan juga pejuang-pejuang kebenaran yang bakal menyambung
perjuangan Baginda s.a.w.
ana copy paste ja disebabkan skil menulis ana masih kureng lagi.. tp yang penting, input nya kita ambil.. jihadlah di jalan Allah!!