Nostalgia

Terkenang sebuah memori lalu

Kisah persahabatan kita bersama

Di dalam satu pengajian

Menuntut ilmu dan pengalaman

Mengingatkanku pengorbananmu

Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru

Tawa riangmu menghiburkan hatiku

Indahnya suasana ketika itu

Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku

Mengenalkanku erti kehidupan

Susah payah kita hadapi bersama

Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya

Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup

Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu

Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

assalamualaikum,

hari ini, ana rasa sedih, gembira..arghh susah nak diungkapkan dengan kata2.. ana tidak pandai nak bermadah pujangga.. apa yang ana nak beritahu di sini, ana amat berterima kasih pada dia kerana menjadi sahabat ana. Bantu ana. Sumbangan nya amat besar dlm diri ana.

Ana sedar, manusia hanya mampu berusaha, Allah yang menentukan. Semuanya milik Allah dan ketika berusaha pasti diuji Allah. Pagi-pagi lagi ana rasa sedih. Takda sape yang boleh tolong hantar ana ke sepang. Untuk apa? dating. hehe.. taklah. jmpe salah seorang sahabat ana. Dia bakal ke luar negara. Ana rasa terkilan juga kerana tak dapat ikut sama ke KLIA. Bukan hati ini tidak mahu, tapi semua student kolej ana tak boleh balik. Diturutkan rasa hati ini, ana nak fly je.

Sampai di rumah mak cik di sepang jam 10.30pg.  Lebih kurang jam 4 ptg ana dan kak angkat ana bertolak ke kolej sahabat ana tu. Sesampai di sana, dia melangkah menuju ke kereta yang kami naiki. ana tersenyum. sayu, gembira, jadi satu. tangan nya ana genggam erat dan memeluknya. rasa seperti tak mahu lepas. sayang sekali dia tak dapat mengikut ana ke rumah mak cik ana kerana atas sebab tertentu.
Pak cik teksi pula ada hal, jadi ana terpaksa cepat naik kereta semula.

Selepas berborak sebentar dengannya, ana bertolak pulang ke rumah mak cik ana semula. Perghh.. ana memang tak bolah nak menahan lagi empangan air mata. Ana rasa ana bukanlah seorang yang lemah kalau ana menangis wlupun sesetgh orang berpendapat begitu. Bila teringat semula peristiwa tadi, rasa sebak. Semasa kami berpelukan, rasa tak mahu lepas. walaupun ana jumpa dengan sahabat ana tu tak sampai 5 minit pon, ana tetap bersyukur kerana diberi peluang juga untuk berjumpa walaupun untuk seketika. Rindu di hati sedikit terubat. Banyak tohmah yang melanda setiap kali kami merancang untuk bertemu. Ana dapat rasa ukhuwwah antara kami ni erat. Bila di sana nanti, jangan lupa persahabatan kita. Semoga Allah merahmatimu.

Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang

Bertahun kita melangkah bersama
Sela cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina

Semoga kitakan dirahmati
Oh teman….

3 Responses to “Nostalgia”

  1. NiQ Says:

    sedih pulak bila akk bace aidanya blog ni…

    bersabar sahajalaa..
    ukhwah persahabatan itu indah bukan pada pertemuan tapi pada doa seorang sahabat..

  2. 'ixorazo' Says:

    ana rse sebak sgt ble bc blog nti ni…ana mntk maaf byk2 sbb xdpt p umah m.cik nti ptg 2..mgkn ade hikmah dsblk kjdian ni..ana dpt rsekn prasaan nti wkt kte bjmpe sbb ana pon mrasekn bnd yg sme..btw, ana hrp sgt2 pshbtn kte ni akn bkekalan even kte bjauhn..syukran kathir sbb sudi nk bjmpe ngn ana..slm ukhwah fillah binnajah..

  3. 'ixorazo' Says:

    ana rse sebak sgt ble bc blog nti ni…ana mntk maaf byk2 sbb xdpt p umah m.cik nti ptg 2..mgkn ade hikmah dsblk kjdian ni..ana dpt rsekn prasaan nti wkt kte bjmpe sbb ana pon mrasekn bnd yg sme..btw, ana hrp sgt2 pshbtn kte ni akn bkekalan even kte bjauhn..syukran kathir sbb sudi nk bjmpe ngn ana..slm ukhwah fillah binnajah..

Leave a Reply