Archive for October, 2007

RuMaH BaRu??

Saturday, October 20th, 2007

assalamualaikum

ana sudah berpindah ke rumah baru —-> http://cheekylulu.wordpress.com/

sila datang melawat.. (",)

Warkah buat hawa…

Thursday, October 18th, 2007

   

   
   
   
   
      
      

Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu
bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan
beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia
tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu , ingatlah
hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka
tercetusnya salam dan sekaligus disususli dengan pertemuan takut
lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak
memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tdak menilai
wanita melalui keayuannya, kemajaannya, serta kemampuannya mengoncang
iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui
akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang
baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan
muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk
mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia
tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah
perkahwinan.

Oleh itu hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu ,
kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam
untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna
jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi
hangatan kebahagiaan buat dirimu , cukuplah sekadar cinta adik- beradik
serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan
memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah
kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah
keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari
cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia juga
yang menggoncang iman lelaki.

SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH..

Wednesday, October 17th, 2007

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum..

ana ada dapat surat..surat cinta. hehe bukan la. sape la nak bagi surat cinta kat ana nih..huahua.. hish. ngarut ja.

isi kandungan surat tu mengenai ketidakpuasan hati seseorang terhadap ana. Ana terima. Mungkin ana yang salah. Terima kasih kerana menegur ana. Ana ni pun manusia juga. bukan maksum seperti Rasulullah. Ana akan sentiasa perbaiki diri ini.Cuma ana pelik.Tapi ana berharap, kita diskus elok-elok masalah kita lain kali. adalah lebih matang jika kita duduk berbincang daripada menulis surat. Tak tau la apa perasaan ini. huhu

Maafkan ana kerana ana tidak menjadi seorang yang baik di mata anda semua. Maafkan ana kerana ana tidak tahu anda semua mengambil kira mengenai semua itu. Maafkan ana.. ana tidak bermaksud untuk komen lebih-lebih. Cukuplah setakat ini. wassalam

AKU BUKAN SEPERTI ENGKAU SANGKAKAN,
PURA-PURA DI DALAM BERJUANG.
AKU TIDAK PANDAI MENYULAM RAHSIA,
JUGA TAK PANDAI KU BERMADAH PUJANGGA.
JIKA ADA BENCI DI HATI, KATAKANLAH PADAKU.
RELAKU TERIMA WALAU KUTUKAN ASALKAN AKIDAH TERJAGA.
KERANA TIDAK SANGGUP LAGI MEMPERMAINKAN DUSTUR ILAHI.
HAKIKAT HATI TAK TERLUKA WALAU ZAHIRNYA ADA YANG KETAWA.
TUHAN KU MOHON KEAMPUNAN.
KETERLANJURAN YANG BERULANG KALI.
TEMAN KITA PATRIKAN DI SINI.
BERAKHIR SEBUAH LAMUNAN DUNIAWI.
TERIMA SYUKUR TAUFIQ ILAHI.

Amalan-amalan baik tapi terbalik

Tuesday, October 16th, 2007

Amalan-amalan baik tapi terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu’alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu’alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.

Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

meronggeng bersama sepupu sepapat.hehe

Tuesday, October 16th, 2007

Assalamualaikum
rasenye dah lama juga x menaip di sini. ana saja nak cerita sesuatu yang boleh di buat kenangan. (",)
Kini bulan syawal. Sedih sebab, adakah kita akan bertemu ngan ramadhan lagi?
Bermula pada cuti tempoh hari, ana berada di kampung. Pada akhir ramadhan, ana bersama Cik Anual dan sepupu ana ke parit sulong untuk beli belah pada jam 3ptg. Sempatla ana membeli kasut dan tudung baru. Jam 6 ptg barulah kami selamat sampai di kampung semula.
Embah(panggilan atuk dlam bahasa jawa) menyuruh ana menghantar juadah berbuka puasa kepada 2 org sahabat yang pernah situ. Siapa lagi kalau bukan qistina dan hawa. Mereka tinggal di sekitar parit yusuf dan kampung sarang buaya. Menurut sepupuku, embah berkali-kali memintanya menghantar sendiri kpd qistina dan hawa tapi x kesampaian krn ana belum pulang lagi dr parit sulong. Jadi, ana dan 4org sepupuku ke rumah qistina dan hawa menaiki kereta. Selepas 2 kali tersesat jalan, barulah kami selamat tiba ke rumah hawa. Selepas kami bersalaman dan berpelukan, rasa terubat sikit rindu-padahal baru 2 hari x jumpe =P. Kami meneruskan perjalanan ke rumah qistina. Qistina sedang membantu ayahnya rupanya. Dalam perjalanan pulang, kami berbuka dalam kereta. hehe. 1st time ana buka bersama sepupuku dalam kereta. Alhamdulillah kami selamat sampai pada jam 7.15 ptg.