Warkah buat hawa…

   

   
   
   
   
      
      

Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu
bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan
beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia
tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu , ingatlah
hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka
tercetusnya salam dan sekaligus disususli dengan pertemuan takut
lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak
memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tdak menilai
wanita melalui keayuannya, kemajaannya, serta kemampuannya mengoncang
iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui
akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang
baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan
muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk
mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia
tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah
perkahwinan.

Oleh itu hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu ,
kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam
untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna
jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi
hangatan kebahagiaan buat dirimu , cukuplah sekadar cinta adik- beradik
serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan
memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah
kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah
keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari
cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia juga
yang menggoncang iman lelaki.

SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH..

Leave a Reply