KUBURKAN KASIH PALSU!

August 23rd, 2007 by cheekyluluksh

Muslimah2_baca_doa
Bila cinta menjadi perjudian
Suara hati mula goyah.
Kata apa yang hars diturut?
Nyata di sana,
Sketsa alam melenyap tegar.

Di kala onak bergelora,
Tenggelam sayang.
Seketika duri menusuk,
Lenyapnya rindu.
Bukan kerna mencari salah
Tidak sekali merungkai lemah.

Hakikat yang sudah pasti,
Bermula penuh sinar,
Perjalanan dicurah racun,
Mungkinkah mati di penghujungnya?

Mengapa menanti KASIH PALSU?
Mengapa menggilai tipu daya dunia?
Sedang janji Al-Mu’izz tiada helah,
Iman, taqwa mengharum kasih.

Mengemis cinta Ilahi,
Itulah yang pasti.
Tanpa resah tanpa pilu
Tiada duka tiada luka

Ikhlas nurani menyulam sayang,
Suara hati memanggil pergi
    Ya, Pergilah!
    Tinggal saja KASIH DUSTA itu.
Namun, tetap tidak berdaya
Di mana jalan harus disusuri?

Usah lagi bicara sia-sia diungkap,
Usah jua mengingati pada yang dursila
Kembalilah pada Al-Mu’izz
Basahi fikiran dengan zikrullah.
Lembutkan kalbu,
Dengan ayat-ayat cintaNya.
Noktahkan saja,
Perjudian SAYANG PALSU itu.

dipetik daripada antologi puisi grup karyawan luar negara.

APA DA”WAH YANG ANA INGIN BUAT PADA HARI INI??

August 22nd, 2007 by cheekyluluksh

Banna

assyahid imam Hassan al-Banna : Sesungguhnya da’wah yang kita bawa,seharusnya bersifat

1) Terus-terang
Da’wah
yang kita bawa ini,biarlah mereka(umat islam) nampak matlamat kita yang
sebenar.Pada mereka,da’wah kita tidak disaluti sebarang keraguan dan
kesamaran.Jelas da’wah kita untuk Islam.Ibarat bersinarnya sang
mentari,bercahaya berseri seperti di siang hari,terang benderang tanpa
kesamaran dan kegelapan.

2) Suci
Da’wah
yang kita bawa ini,adalah penuh kesucian dan ketulusan.Tidak dibaluti
kerana matlamat,niat lain.Tidak dipengaruhi dengan hawa
nafsu,pangkat,darjat,nama,kemasyuran mahupun kebendaan.

3) Kasih Sayang

Da’wah yang kita bawa ini,dihiasi dengan kasih sayang.Tunjukkan pada
mereka,buktikan pada mereka,biar mereka nampak sesungguhnya kita amat
menyayangi mereka,ingin menyelamatkan lebih daripada kita sayangi diri
kita sendiri.Sehinggakan kerana sayangnya pada mereka,dengan sepenuh
hati..membuatkan kita mengalirkan air mata dan mengganggu tidurkita
kerana memikirkan mereka di luar sana.

Untuk
mencapai elemen-elemen da’wah,’da’wah kita’ dinyatakan oleh as-Syahid
al-Banna,asasnya memerlukan kepada akhlak yang mulia seorang penda’wah.

Da’wah yang dibawa,perlu disulami dengan akhlak2 pendakwah yang sempurna.Antara prinsip akhlak seorang da’ie ialah :

1) Siddiq
( Langkah dapatkan kepercayaan)
-Dengan akhlak ini,kita akan membuatkan percaya kepada kita,setiap bicara dilontarkan,setiap tingkah laku yang ditonjolkan
2)Amanah (Langkah menjadi tempat berpaut)
   - Dengan sifat amanah, kita akan mampu membuatkan mereka berpegang,berpaut pada kita dengan erat
3) Al-Hilm
(Langkah menjadi daya penarik)
   - Dengan sifat lemah lembut,kita mampu membuatkan mereka tertarik kepad kita dan datang kepada kita.
4) Kasih Sayang
(Langkah untuk mengikat)
  - Dengan kasih sayang yang kita berikan,akan membuatkan mereka terikat pada kita,untaian rantai yang kuat dan kukuh
5) Al-Karim
(Langkah menjadi ikutan sepenuhnya)

- Dengan sifat kemuliaan kita, akan membuatkan mereka mengikut
kita,ikut kita membawanya ke arah kehidupan islam yang sebenar,memahami
tanggungjawab khalifah di alam dunia ini.

Satu
cetusan bersama..Penulisan juga satu medan da’wah,jihad lisan seperti
dikatakan oleh Said Hawwa..persoalan yang perlu difikirkan setiap
hari,selepas bangun pagi..

APA DA"WAH YANG AKU INGIN BUAT PADA HARI INI?                

Everything about me n YOU!!

August 21st, 2007 by cheekyluluksh

Fbear4

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua                            cam jejak kasih plak..huahua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan                        byk dugaan dtg bertandang menguji
Menempuh onak liku                                                keimanan
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia                                                biar pecah di perut jgn pecah di mulut
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita                                        walala..aku rindu waktu dulu2
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan DUA BENUA                          i’ll miss u so much!teruskan perjuangan!
Saling mengejar cita                                                 Berjuang kerana Allah! Takbir!
Tak pernah kulupakan                                              Allahu Akbar!!! 
Detik yang indah bersamamu temanku

Kupasti suatu masa                                                     InsyaAllah.. saat yg ku nantikan (",)
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama

Kisah Pohon Epal

August 20th, 2007 by cheekyluluksh

Suatu masa dahulu, terdapat
sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu
gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari. Dia memanjat
pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan
adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut.
Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal
itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu…

Anak
lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi
menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal
tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal
tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu.

" Aku bukan lagi kanak- kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab remaja itu.

" Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu
pohon epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada
padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli
permainan yang kauinginkan."

Remaja
itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari
situ. Dia tidak kembali lagiselepas itu. Pohon epal itu merasa sedih.

Masa berlalu… Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pohon epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu.

"Aku
tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang.
Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku.
Bolehkah kau menolongku?" Tanya anak itu.

"Maafkan
aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-
dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pohon epal
itu memberikan cadangan.

Lalu,
remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu
dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi
kemudiannya merasa sedih karena remaja itu tidak kembali lagi selepas
itu.

Suatu hari
yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia
sebenarnya adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon
epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu.

"
Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main
di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar.
Malangnya, aku tidak mempunyai boat. Bolehkah kau menolongku?" tanya
lelaki itu.

"Aku
tidak mempunyai boat untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh
memotong batang pohon ini untukdijadikan boat. Kau akan dapat belayar
dengan gembira," kata pohon epal itu.

Lelaki
itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia
kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi
selepas itu.

Namun
begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia,
datang menuju pohon epal itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah
bermain di sekitar pohon epal itu.

"Maafkan
aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untukdiberikan kepada kau. Aku sudah
memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah,
batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang
hampir mati…" kata pohon epal itu dengan nada pilu.

"
Aku tidak mahu epal mu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya,
aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku
tidak mahu batang pohonmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku
merasa lelah dan ingin istirahat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, istirahatlah di perduku," kata pohonapel itu.

Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohonapel itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Sebenarnya,
pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu
bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka.
Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk
meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta
pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap
menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira
dalam hidup.

Anda
mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon
epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan
anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa
kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari
ibu dan hari bapa setiap tahun.

Ana yang xreti dok diam =P

August 18th, 2007 by cheekyluluksh

Assalamualaikum..

sbnarnye dh lame nk tulis sini.. tp mood ana nk tulis kat sini br dtg hr nih.. huhu.. 1st week holiday nih mmg busy.. busy jln2 ngan sahabat2,family..huhu.. sian buku ana baru dibelek kejap je..

hari jumaat-
iaitu hari paling best buat student kmj..hehe..ana blk ke kampung di semerah,batupahat..ana xreti blk sndiri, ana blk ngan qistina.. plan aslnya hawa ikut skali, tp parents hawa nk datang jmput hari esoknye..manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. pkol 3.30 ptg gitu kami b’tolak menaiki bas n turun kat pusat pertanian muar..kat situ kami jmpe ummi qistina. ummi qistina yg hntar ana smpai rumah atuk ana dlm pkol 7 lbh. dah 3-4 bulan ana x blk kg mse tuh.. byk yg dh berubah.. smpai2 je kene merewang..perghh,,penat..pkol 10 mlm ana dh t’sngguk2..huahua
pd malam tu family ana, n cousin ana smpai di kg..best~..esoknya ada kenduri cukur jambul+akikah+doa selamat.. ramai yg balik.. rindu kat dorg smua..

sabtu-_
kenduri sblah petang khas utk muslimat, sblah mlm plak utk muslimin. Hawa n qistina datang pd jam 4 ptg gitu. Hehe,.. ade segmen jejak kasih berlaku le.. dipendekkan eerite, hawa adlah Xstudent cikgu zana merangkap makcik ana..=)
hehe, bile difikir2 smula.. kecik kan dunia nih?

Ahad-
Pd pkol 9, hawa dtg semula sbb nk amik ana.. ana dh janji nk ke rumah hawa n qis..
Rumah dorg xlah jauh sgt ngan kg ana. Smpai2 je kat rumah hawa, kami terus ngadap laptop.. hehe.. kami online n transfer lagu2 nasyid.. huhu..best2.  dlm pkol 10 kami ke rumah qistina plak..punyelah khusyuk borak2 xsedar hari dh nk hujan kat luar..padahal ana kene blk KL tgh hari tu ngan family.. jd, hawa n ana t’pakse redah gak hujan..mujur renyai2 je. Tp t’prangkap kat kedai mase nk bli minyak motor.. ble hujan dh reda sket, ana n hawa terus pecut ke rumah atuk ana. Mmg basah kuyup r… sian hawa.. demam terus die ble blk rmah..ana b’tolak blk KL pkol 1ptg. Pkol 5 ptg barulah ana smpai di rumah.

Selasa-
Yeah! Hawa n qistina dtg rumah ana spt yg kami rancang..dorg smpai di pudu jam 12 tgh hari..after amik dorg, ana bawa mereka ke mydin kat area masjid India tuh. Kami bli handsock n stoking utk karisma. Byk gle. Pas bli barang, kami g isi perut kami kat sblah mydin tuh je.. then ana terus bw dorg balik rumah.
Adik kecik ana yang bongsu tu lmbat baik ngan org. tp ble ngan hawa n qistina, lain jadinye. Riuh. ‘Kak Hawa!Kak Hawa!Ni apa?’ huahua..

Rabu-
Jam 10 pg kami dh keluar utk ke mydin tu smula. Tp kami tukar plan ke uiapj utk jenguk mardhiah. Smpai2 je kat uiapj pd jam 12.30th hari, kami kene marah daa.. visiting hour pkol 4, tp kami dtg pkol 12.30.. janji ngan mardhiah nk jmpe pkol 1.. pada mulenye pak guard tu x benarkan kami msk, tp bg jugak.. hehe.. jam 1.20 gitu br la dpt jmpe mardhiah, bekas ketua naqibah di kmj sblom berpindah ke uiapj. Kami mkn mknn yg kami bli kat café. After makan, kami g solat kat blik mardhiah kat tingkat 7.. hehe..seb baik ade lif.. huhu..dok melepak kat situ smpai pkol 3 br kami balik.. sdey la sbb xsmpat nk b’gmbar ngan mardhiah..insyaallah ana dtg lg. =)
Dari uiapj kami ke jalan TAR.. huhu.. hawa n qistina shopping sakan..hehe kami pon ade bli tudung utk kami jual di kmj nnt.

Khamis-
Sdey btol hari nih. Hawa n Qistina balik ke johor jam pkol 12tgh hari=( maafkan ana klu spnjang sahabt2 di rumah ana ada byk kelemahan…

Jumaat-
Agaknya ana gi mana pulak ye? Ana ke Jaya Jusco di tmn maluri utk temu janji.. dgn sape? Ngan nurul sakinah bt mohd idrus a.k.a. QiQi!! My x-rommate kat kmj..kini die study kat kolej perguruan teknik kuala Lumpur. Bakal cikgu sains tu.. hihi.. kami mkn kat KFC n shopping~

best ke??

July 13th, 2007 by cheekyluluksh

assalamualaikum! huahua..lame x tulis seyh..
nk cite sket ttg kat matrik..
mase daftar 14hb 5, ak x bape ske sgt ngan matrik nih.. ye lah.. dh syok2 cuti, tibe2 kne study blk..alhamdulillah bdk blik aku okeh je.. gile2 cm aku gak.. slalu wat karaoke kat blik.. hehe.. tp dorg smua org johor.. aku sorg je slngor..tp xksah la.. yg ptg jawe! hehe..
classmate plak.. fuh! mmg bising ler.. hiperaktif! kelas hayat plg bising skali.. lecturer pon xlarat nk layan kitorg nih.. berkobar2 nk blaja..heh..
kat matrik nih ade kesatuan remaja islam malaysia(karisma).. alhamdulillah, melalui karisma, kenal ngan sahabat2 yang bley tlg btolkan aku.. qistina, fatiha, sahila, hawa, fasiha, ain, aiqah, izni,sakinah.. skang nih aku join depa tidoq n study kat masjid.. dorg mmg best.. program utk muslimat stiap jumaat pkol 1-2 ptg kami handle,.. ade pertambahan skang nih.. klu dulu suku dewan kuliah pon xsmpai.. skang dh lbh 1/2.. alhamdulillah.. kami ade wat tyngan n pasang lagu nasyid utk kami hayati bersama..
karisma akan adakan minggu penghayatan islam xlame lagi.. xsbr rasenya.. byk program dh pon disusun…
dh hmpir 2 bulan aku dok sini, aku bleh wat kesimpulan yang matrik aku nih plg islamik dr matrik lain.. huhu.. nih pon aku dpt tau dr bdk2 jpp.. pengarah kami org nye islamik.. isterinye ustazah.. =)

kisah benar: pengakuan dari seorang yang pernah murtad

June 29th, 2007 by cheekyluluksh

ni sy copy dr buletin
Dengan nama Allah Yang Maha
Pengasih Maha Penyayang .:.

asSalamualaikum w.b.t

Saya ingin menceritakan pengalaman
silam saya untuk menjadi teladan,
panduan dan kesedaran pada semua umat
islam. Saya dilahirkan di negeri
Pahang. Kini berumur 25 tahun.
Pendidikan awal di S.K Tekam Utara dan
kini menuntut di salah sebuah pusat
pengajian tinggi swasta dulu dikenali
Institut Pengajian Islam. Di pusat
pengajian itu banyak memberi kesedaran
pada diri saya tentang keindahan agama
Islam, dimana saya telah dilahirkan di
dunia ini sebagai penganut Nya tanpa
menyelami tentangnya(Islam).
Saya sendiri tidak terlintas difikiran
untuk menjadi pelajar di institut
tersebut tetapi mungkin Allah S.W.T
telah tentukan. Disanalah saya mula
mengenal diri dan mendalami tentang
ilmu-ilmu tentang islam.
Saya sebenarnya sedih mengingatkan
tentang perkara yang ingin saya
ceritakan ini. Tetapi untuk kesedaran
semua agar tidak terlepas pandang pada
sesuatu yang dianggap selamat tetapi
pada hakikatnya amat merbahaya,
memalukan, hilang maruah, tidak
bertanggungjawab dan terhina pada umat
islam.
Ianya bermula pada hujung tahun 2006
keadaan saya pada masa itu amat perit
dihimpit masalah keluarga, kewangan
dan rakan seagama.fikiran saya serabut
dan juga buntu apabila masalah datang
sekaligus.
Pertama masalah keluarga dan rumah
tangga dimana saya dituduh berlaku
curang terhadap isteri saya. Memang
sebelum itu saya pernah melakukan
kesilapan. Kejadian itu berlaku
sewaktu saya baru mendirikan rumah
tangga, saya melakukan hubungan sulit
dengan kerani tempat saya bekerja.
Oleh itu saya menyesal dan tidak
mengulanginya lagi tetapi isteri saya
tidak mempercayai diri saya sepenuhnya
seperti sedia kala. Tidak lama
kemudian seorang wanita meminati saya
tetapi saya tidak mengendahkan
perasaannya terhadap saya wanita itu
nekad untuk bertemu semula dengan
isteri saya dan dia telah buat cerita
bahawa saya telah meniduri saya
beberapa kali sewaktu isteri saya
tiada di rumah. Perkara itu membuatkan
isteri saya telah berkurangan kasih
sayangnya terhadap saya walaupun saya
telah menjelaskan perkara yang
sebenarnya. Rupa-rupanya wanita
tersebut telah berpakat telah berpakat
dengan ibu mertua saya. Sememangnya
perkahwinan ini tidak direstui ibu
sebelah isteri saya.
Kedua, masalah kewangan dimana
pendapatan isteri lebih daripada saya
dan dianggap tidak sepadan dengan saya
oleh ibu mertua. Pelbagai cara saya
cuba mengambil hati kedua mertua tapi
pandangan mereka tetap sama. Sehingga
kami terpaksa bercerai atas desakan
mertua, dan kesalahan yang pernah saya
lakukan dulu sebagai penyebab utama.
Ketiga, saya telah melakukan kesilapan
terhadap rakan serumah dimana
penghuninya semua pelajar di pusat
pengajian yang sama. Saya telah
bercakap tentang perkara yang tidak
sepatutnya saya cerita pada rakan yang
lain tentang rakan serumah. Oleh itu,
mereka sepakat untuk memulaukan saya
walaupun itu kesalahan saya yang
pertamasetalah selama dua bulan
mengenali mereka. Setelah saya memohon
maaf, saya pula difitnah dengan dengan
pelbagai cerita sehingga ada yang
memanggil saya ANJING oleh rakan
sekuliah dan seagama (ISLAM) dengan
saya.
Pada suatu hari dalam keadaan yang
begitu tertekan, saya telah didatangi
seorang lelaki yang memperkenalkan
dirinya sebagai BENNET, nama
samarannya pula ALIFF. Dia selalu
hadir apabila saya memerlukannya.
Pernah sekali saya terpaksa membayar
duit yang telah dilaburkan oleh rakan
kongsi perniagaan saya sebanyak RM6000
dalam masa yang singkat. Dia
menawarkan diri untuk membantu saya
setelah dia mendapat tahu bahawa saya
meminta bantuan dari rakan-rakan
seagama dengan saya, tetapi gagal. Dia
membawa saya ke sebuah gereja kira-
kira 4 km dari tempat saya belajar. Di
sana saya ditemukan dengan seorang
paderi. Saya diminta menceritakan
masalah yang dihadapi, setelah saya
menceritakan masalah saya, tanpa
banyak alasan paderi tersebut masuk ke
sebuah bilik, tidak lama kemudian dia
keluar lalu menyerahkan wang sebanyak
RM6000 dan dia berkata “KAMU TIDAK
PERLU RISAU SAYA AKAN SENTIASA
MEMBANTU KAMU WALAUPUN KITA BERLAINAN
AGAMA, DUIT TAK PERLU KAMU PULANG.
AMBILLAH IA ANGGAP IA DUIT KAMU
SENDIRI YANG SAYA TOLONG SIMPANKAN,
TETAPI SAYA HAIRAN MENGAPA ORANG
SEAGAMA KAMU BEGITU BERSIFAT
PENTINGKAN DIRI. KAMI DISINI DIASUH
SUPAYA SENTIASA MENGAMBIL BERAT ANTARA
SATU SAMA LAIN.”
Semenjak itu saya kerap berjumpa
dengan paderi tersebut, dia menawarkan
diri untuk mendengar segala masalah
saya, saya juga telah mengajak rakan-
rakan yang senasib dengan saya. Telah
beberapa kali saya hampir meminum ‘air
suci’ bagi penganut agama kristian
tetapi alhamdulillah hasrat tidak
kesampaian. Saya dan rakan-rakan yang
lain pernah mengadakan perjumpaan
dimana ianya dipanggil sebagai hari
penghapus dosa. Diadakan di Pantai
Cherating, Kuantan Pahang seramai
hampir 2500 orang pelajar IPT
berbangsa melayu terlibat sama.
Selain itu kami selalu mengadakan
perjumpaan secara terbuka sesama rakan-
rakan yang terlibat setiap kali
perjumpaan kami akan diberi nasihat,
semangat dan perangsang untuk
menjalani kehidupan yang lebih
sempurna. Didalam perbincangan dan
perjumpaan tersebut kami selalu
ditekankan tentang mencari kebenaran
dan hala tuju yang diredhai hanya
dengan cara membandingkan kehidupan
manusia dan keadaan persekitaran Islam
disekeliling kita dengan Kristian
secara praktikal bukannya secara teori
kerana praktikal itulah nyata dan
benar. Mereka juga ada memberi
penerangan tentang ayat–ayat suci Al-
Quran sebagai contoh:
Ayat 199, juz Al-Araaf *maafkanlah dan
suruhlah maaruf berpaling dari orang –
orang yang jahil. (Dikatakan ayat ini
bahawa orang-orang seperti kami tidak
ada ruang lagi disisi agama Islam.
Oleh itu, kami telah ditakdirkan dan
dipertemukan oleh Allah S.W.T dengan
mereka yang menuju ke syurga).
Ayat 105, surah Al-Khafi* maka orang-
orang yang ingkar akan tanda-tanda
Tuhan akan menemuinya sebab itu
hapuslah (pahala) perbuatan mereka dan
timbangan untuk mereka pada hari
kiamat. (Dikatakan ayat ini bahawa
tidak berpeluang langsung bagi orang-
orang seperti kami untuk masuk syurga
jika mengikut jalan islam kerana
perkara itu ada dinyatakan di dalam Al-
Quran oleh itu satu-satunya agama yang
Maha Pengasih dan Penyayang adalah
kristian yang sentiasa memberi peluang
arah dan jaminan untuk ke syurga.)
Sehinggalah suatu hari saya merasakan
apa yang telah dilalui ini banyak
salahnya, hati dan perasaan tidak
tenteram, sentiasa berdebar-debar.
Saya cuba kuatkan semangat untuk
meluahkan apa yang terbuku di hati ini
kepada dua orang sahabat dimana mereka
telah menyedarkan bahawa apa yang
dianggap selama ini salah iaitu saya
menyalahkan agama islam, padahal
penganut agama itu yang bersalah
kerana agama islam adalah agama yang
sempurna dan jika kita mengikut segala
yang telah ditetapkan nescaya kita
akan bahagia di dunia dan akhirat,
insyaAllah.
Kini saya merapatkan diri dengan Allah
S.W.T agar mendapat kehidupan yang
diredhai NYA. Pihak Angkatan Belia
Islam Malaysia (ABIM) banyak membantu
saya dari segi makanan mental dengan
menjemput saya mengikuti program-
program yang mereka anjurkan supaya
saya dapat mengukuhkan akidah dan
tauhid di dalam diri. Saya mendoakan
agar semua pihak yang banyak membantu
saya akan terus membantu supaya kita
dapat menyelamatkan rakan-rakan saya
yang masih di dalam kebingungan
tentang agama islam dan hampir
dimurtadkan. Saya berharap sangat
pihak yang bertanggungjawab cepatlah
bertindak seiring dengan ABIM, jangan
sampai anak, adik, abang, kakak, cucu
atau saudara kamu sendiri dimurtadkan
baru sedar kamu telah menjadi insane
yang hina di mata umat islam. Jangan
kamu lalai dengan gaji yang beribu,
berlagak dengan gelaran yang diberi
takut nanti mata menjadi kelabu sampai
tidak perasan orang yang dimurtadkan
itu rupanya seibu dengan kamu….
wasSalam….

#PERHATIAN! Surah al-araaf dan al-
kahfi diatas adalah terjemahan yang
pihak kristian tafsir sendiri.maka
diharap tiada kekeliruan selepas ini.
Paling afdal rujuklah terjemahan yang
sahih..

p/s : kisah ini adalah benar-benar
terjadi kepada seorang hamba Allah
yang ana kenali. Penulis telah meminta
ana menyalin cerita ini untuk diambil
iktibar kepada orang lain.
Sesungguhnya kehidupan ini adalah
ladang ujian, kekadang ujian yang
tidak diduga mendatang dalam keadaan
yang sukar diterima dek akal. Namun,
ingatlah firman ALLAH S.W.T surah Al-
Ankabut 29:2
“apakah manusia mengira bahawa mereka
akan dibiarkan hanya dengan
mengatakan ‘kami telah beriman’ dan
mereka tidak diuji?”
Apa yang pasti setiap ujian adalah
rahmat dari ALLAH untuk meningkatkan
keImanan da keTaqwaan hambanya.
Ketahuilah semakin berat ujian yang
dipikul kamu menandakan tinggi
keImanan kita. Yakinlah pada ALLAH
bahawa DIA tidak menzalimi hambanya
melainkan kitalah yang sering zalim
pada diri sendiri. Banyakkanlah
bersyukur padanya dalam senang mahupun
susah. Malah jika diuji zahirkanlah
rasa kesyukuran kerana ujian itu
adalah perhatian dari kasih sayang NYA
kepada kita.
Penulis kini sedang giat berusaha
untuk menubuhkan satu badan pengiat
dikalangan pelajar IPT untuk bersama
dengannya menarik atau mengajak semula
golongan yang hampir murtad atau telah
murtad. Tanpa kita sedari golongan ini
berada berhampiran kita dan kerana
sikap individualistik kita lupa
tanggungjawab kita terhadap umat
islam. Jika anda pelajar IPT dan
berminat menyertai bolehlah
menghubungi ana. Untuk pengetahuan
badan ini dibawah selia ABIM jadi
segala kegiatan akan dibantu dan
dipantau oleh ABIM.
Jika anda tergerak hati untuk
mengetahui dengan lebih lanjut akan
kegiatan badan ini atau mahu bersama-
sama mempertahankan aqidah umat islam,
kami amat mengalu-alukan. Untuk
keterangan lanjut sila hubungi….
A’J : 013-2777243

Istimewanya Wanita

June 29th, 2007 by cheekyluluksh

” Wanita yang memerah susu binatang dengan “Bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.”

” Wanita yang menguli tepung gandum dengan “Bismillah” Allah akan berkatkan rezekinya.”

” Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah”

” Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi,”

” Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

” Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di Hari Akhirat.”

” Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan dibuatnya pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

” Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkansebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

” Sabda Nabi S.A.W:

“Ya Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya Sakaratul Maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman Syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.”

Ciri2 wanita solehah

June 29th, 2007 by cheekyluluksh

Sabda Rasulullah s.a.w ; orang yang paling sempurna di antara mereka yang beriman ialah yang paling baik budi pekerti, dan yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang paling baik terhadap keluarga. (riwayat Al-Tarmizi)

Mentaati dan menyenangkan hati ibu

Perempuan yang menjaga agamanya adalah satu keuntungan

Mentaati suami dan menjaga kehormatan diri ketika ketiadaan suami (bagi yang telah bersuami)

Kesederhanaan dan kemurnian merupakan sebahagian daripada iman

Tidak menceritakan keaiban suami kepada orang lain (bagi yang telah bersuami)

Wanita disuruh menutup kecantikannya kecuali kepada suami, saudara terdekat, pembantu rumah dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang seks

Kesopanan adalah sebahagian dari iman dan iman itu tempatnya di syurga (riwayat Ahmad dan Al-Tarmizi)

“Menetaplah di rumah dan janganlah mempamerkan perhiasan dan kecantikan kamu kepada orang-orang asing seperti mana wanita jahiliah (surah Al-Ahzab:33)

Menjaga pergaulan di antara lelaki dan wanita

Bergurau Senda Dalam Islam

May 26th, 2007 by cheekyluluksh

SELAIN mengumpat, satu daripada bencana yang dilakukan oleh lidah manusia ialah gurauan. Termasuk dalam istilah gurauan ini ialah kelakar, melawak, olok-olok dan berjenaka. Abdus Samad Falembani dalam kitab Hidayatus Salikin menyebut gurauan sebagai ‘al-mizah’. Beliau membawa hadis Rasulullah yang bermaksud; "Jangan engkau bantahi saudaramu dan jangan engkau perguraukan dia." (Hidayatus Salikin: 170). Menurut Imam al-Ghazali, bergurau itu ditegah syarak kerana ia membawa kepada banyak tertawa.

Banyak tertawa itu mematikan hati dan boleh ‘menanggalkan’ hati. Paling dahsyat, menurut beliau, ia boleh membawa atau mendorong kepada perbuatan derhaka. Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud; "Seseorang lelaki yang berkata dengan suatu perkataan supaya rakannya tertawa maka dia dijatuhkan ke dalam neraka selama 70 tahun." Imam Ghazali menasihatkan supaya manusia menjaga lidahnya daripada berkata-kata untuk menimbulkan gelak ketawa.

Kata-kata gurau senda sebenarnya boleh menghilangkan malu seseorang. Ini kerana dalam mencari bahan ketawa, manusia sanggup membuat cerita bohong dan tidak munasabah. Untuk mereka-reka bahan lucu, mereka membuat cerita yang ganjil dan tidak masuk akal dan kebanyakannya cerita dusta. Inilah puncanya orang yang membuat kelakar boleh hilang malu. Pada hakikatnya malu senjata orang beriman. Malu adalah alamat atau tanda orang yang beriman.

Yang paling mengaibkan, sebahagian daripada kita suka membawa cerita lucah atau separuh lucah dalam perkataan semata-mata untuk menimbulkan gelak ketawa orang lain. Rasulullah bersabda bermaksud; "Malu adalah cabang daripada iman." Dalam sabda lain, baginda menyatakan; "Malu dan iman seganding. Apabila terangkat salah satu daripadanya maka terangkatlah kedua-duanya." Dapat difahami daripada hadis ini, jika seseorang itu hilang perasaan malu daripada dirinya maka hilang jugalah imannya.

Namun begitu, bergurau ala kadar dibolehkan. Bagi sesetengah orang yang tidak tahan bergurau mungkin menimbulkan persengketaan atau perkelahian. Maka ini bertentangan dengan kehendak Islam. Firman Allah bermaksud; "Sesungguhnya orang beriman itu adalah bersaudara maka perbaikilah hubungan antara kedua-duanya." (al-Hujurat: 11). Justeru, elakkanlah bergurau, bersenda melampaui batas perasaan atau pemikiran rasional supaya ukhuwah sesama kita tetap terpelihara.